Tuesday, May 31, 2011

Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Selamat DiMakamkan

Kelihatan Tuanku Mizan, Raja Nazrin Shah dan Tuanku Fauziah mengamikann doa semasa menziarahi Almarhumah di Istana Alam Shah - Gambar dari Bernama

31.05.2011, Rabu, Shukur Alhamdulillah, Jenazah Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam petang ini. Turut menziarahi Almarhumah di Istana Alam Shah pada pagi tadi adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Perempuan Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.

Kelihatan Cucunda-Cucunda Almarhumah Mengangkat Jenazah Almarhumah Untuk Dibawa Ke Makam Diraja Shah Alam - Gambar dari Bernama

No comments: