Monday, May 9, 2011

Tengku Seri Bendahara Raja Rasmikan Persidangan DUN Terengganu Penggal Ke-Empat

Kelihatan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said menyerahkan surat ucapan perasmian kepada Tengku Sri Bendahara Raja - Gambar dari Bernama

09.05.2011, Isnin - Bermula hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah mengadakan persidangan DUN penggal ke-Empat di U2 Wisma Darul Iman. Persidangan empat hari ini akan berakhir pada 12.05.2011. Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustapa Kamel ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan merasmikan persidangan kali ini sebagai wakil kepada Sultan Terengganu. Pada hari ini DUN Terengganu bewajah baru selepas dilakukan beberapa pengubahsuaian bermula awal tahun ini. Setiap meja Ahli Dewan Undangan Negeri dilengkapi dengan paparan skrin litar tertutup bagi memudahkan mereka mengikuti setiap ucapan perbahasan.

No comments: