Saturday, May 21, 2011

Raja Bhutan Akan Menamatkan Zaman Bujangnya

Raja Bhutan dan Bakal Permaisuri Baginda Dalam Pakaian Tradisi Bhutan.

21.05.2011, Sabtu - Tahun nie banyak anak-anak Raja atau Raja yang mengistiharkan akan menamatkan zaman bujang mereka. Prince William dan Kate Middleton telah selamat diijabkabulkan. Dalam bulan Julai pula Prince Albert II of Monaco akan bersatu dengan tunangnya Charlene Wittstock dan baru-baru ini Sultan Muhammad ke-V, Al-Sultan Kelantan mengumumkan jodohnya insyallah sudah hampir tiba manakala Zara Philip yang merupakan cucunda Queen Elizabeth akan melangsungkan perkahwinan beliau dengan pemain rugby Mike Tindall.

Tentu anda semua tertanya-tanya siapakah gerangannya pasangan diatas. Beliau merupakan seorang raja dipergunungan himalaya iaitu Raja Bhutan, King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. baginda berusia 31 tahun dan mendapat pendidikan daripada Oxford, London. Semalam AFP Global Edision memaklumkan baginda telah mengumumkan pertunangan baginda dengan Jetsun Pema dan Istiadat Perkahwinan dijangka akan berlangsung pada Oktober tahun ini kepada Parlimen Bhutan. Jetsun merupakan seorang pelajar dan berusia 20 tahun. Dorji Wangchuck daripada pejabat akhbar istana diraja melaporkan bahawa akan diadakan majlis perkahwinan tetapi baginda telah memohon agar kerajaan tidak membazir untuk majlis ini memandangkan keadaan ekonomi Bhutan itu sendiri dan mahukan majlis ini lebih bersifat peribadi.

Bhutan merupakan sebuah negara yang terpencil dan terasing didunia serta terhimpit diantara India dan Cina. Mengikut undang-undang Bhuttan, Wangchuck dibenarkan untuk mempunyai banyak isteri mengikut kehendaknya. Baginda menaiki tahta Bhutan pada 2008 menggantikan Ayahanda baginda yang turun tahta bagi memberi laluan kepada muka baru sebagai Raja Bhutan. Ayahanda baginda, King Jigme Singye Wangchuck merupakan Raja Bhutan yang pertama memperkenalkan sistem demokrasi untuk menggantikan sisterm tradisional dalam pentadbiran Bhutan pada tahun 2001.

Pemimpin pembangkang Bhutan, Tshering Tobgay menyifatkan tunang baginda sebagai seorang yang mudah didampingi, peramah dan cantik. Dalam titah pertamanya selepas menaiki tahta Bhutan, Baginda berikrar melindungi Bhutan daripada pengaruh globalsasi yang negatif. Tambah baginda lagi, perkara yang perlu diberi perhatian adalah terhadap perubahan yang berlaku didunia, kita akan kehilangan beberapa nilai-nilai asas dimana kita bebas menentukan penampilan kita sebagai sebuah negara dan rakyat.

No comments: