Monday, May 9, 2011

Balik KL Residence

09.05.2011, Isnin - Disebabkan esok Warga TM di Menara TM terpaksa dicutikan kerana ada EGM Meeting Syah buat keputusan balik ke KL Residence kerana bolehlah tolong kemas-kemaskan rumah yang berselerak dan berhabuk selepas renovation selesai. Kalau seorang buat memang sebulan pun takkan habis. Contohnya jiran depan rumah buat renovation juga dan malam tadi dia mengjenguk rumah kami dan inform dia tak habis kemas lagi walaupun renovation dan selesai satu bulan sebab dia stay sorang-sorang. Tadi call Muss inform esok Syah cuti dan minta dia cuti sekali so boleh kemas rumah sama-sama dan dia kata ok. Petang nie dia ajak Syah dan Cd makan You Tau Foo di Ampang. Tak tahulah dia ker atau Syah yang belanja nanti. Dia minta Syah tunggu dia di Stesyen LRT Wangsa Maju jam 18:00hrs nanti. Esok Syah busy sedikit mengemas rumah dan kalau sempat Syah update blog tapi kalau tak nantilah yer. Ok lah sehingga berjumpa lagi di lain Entry.

No comments: