Thursday, March 3, 2011

YM Tunku Zawyah Kahwin Lagi

Datuk Joseph dan YM Tunku Zawyah

03.03.2011, Khamis - Tahniah kepada bekas Isteri Datuk K, YM Tunku Zawiyah Tengku Izham yang dikatakan akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Sabah iaitu Datuk Joseph King atau nama islamnya Rayyan JK Abdullah. Perkenalan pasangan ini bermula sebagai seorang teman dan persahabatan itu bertukar kepada percintaan pada hujung tahun lalu. Pasangan ini dijangka akan melangsungkan ikatan perkahwinan pada 12 Mei 2011. Inilah yang dikatakan Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan adalah ditangan Allah. Sudah menjadi ketentuan Ilahi bahawa Jodoh diantara YM Tunku dan Datuk K tidak panjang dan semua pihak harus menerima hakikat itu dan tidak mudah melatah dengan melontarkan berbagai tomahan berhubung penceraian mereka terutamanya kepada Datuk K . Dan, akhirnya ........ Lihat lah sekarang, YM Tunku pula bertemu jodoh setelah hampir enam tahum berstatus Janda dan hidup bersendirian tanpa teman. Jika dahulu bekas suaminya bermisai tebal sekarang bakal suaminya buka sahaja bermisai malah bergoti lagi. Semuga ikatan perkahwinan kali kedua ini akan membahagiakan YM Tunku. Amin.

Datuk Joseph berusia dalam lingkungan 40-an merupakan seorang usahawan dari Sabah dan baru sahaja memeluk islam dalam bulan Februari 2011. Beliau merupakan seorang bapa tunggal kepada dua orang cahayamata. Manakala YM Tunku merupakan kerabat diraja Kedah, berusia 48 tahun dan telah dikurniakan dengan empat orang putera yang berusia diantara 24 hingga 13 tahun hasil perkongsian hidup dengan Datuk K selama hampir 20 tahun sebelum bercerai pada 2005.

1 comment:

theresawalling said...
This comment has been removed by the author.