Thursday, March 10, 2011

Ke KLCC Waktu Lunch


10.03.2011, Khamis - Pagi tadi Syah ke Kelab Nutrisi Plaza Pantai kerana lunch nanti Syah tak sempat coz hendak ke KLCC. Hari ini tiga kali Syah buang air besar kerana sebelum ini macam separa sembelit sampai Syah rasa sakit sedikit dan tadi ambil ubat insert di Kelinik Zariff. Bila tempat tu rasa sakit selalu pula buang air besar. Hemmmm ada-ada jer kan. Berbalik kepada cerita KLCC tadi, malam nie Syah hendak menonton Merong Mahawangsa dengan My Brother Muss tapi Cd tak join sebab ada kerja. So, Syah beli tiket awal takut seat yang kita hendak habis. Masa beli tiket tadi kebanyakan seat belakang sudah penuh dan yang kosong banyak dihadapan. Syah beli belakang sekali sebelah tepi sebab senang hendak keluar ke toilet. Mungkin we all dinner dulu di KLCC. Syah inform Muss wayang jam 19:30hrs tetapi rupanya Syah salah tengok waktu. Tak per nanti dia sampai nanti Syah inform kerana kalau inform awal-awal lagi lamalah alamatnya dia datang nanti.

No comments: