Pagi tadi Syah lihat pintu dapurnya terbuka dan Syah panggil isterinya yang sedang buat cokodok katanya coz dia hendak ke tempat kerja. Syah terangkan pasal pokok tu coz takut nanti kena rumah. Diapun terkilan juga sebab pokok tu baru nak berbuah. Dia inform Syah akan beritahu suaminya tapi sekarang suaminya sedang tidur. Beberapa minit kemudian Syah nampak suaminya Azron (usia dalam 30an) dibelakang rumah.
Syah inform dia pasal pokok tu. Mulanya dia nak tolak sahaja pkoko tu ke kedudukan asal tapi berat dan Syah cadangkan digondolkan sahaja pokok tu baru ditarik. Dia setuju dan cantas dahan yang tidak ada buah. Hasilnya gambar kat atas tu ler. Syah nak buang dahan ke depan tepi jalan tapi katanya tak mengapa sebab nanti dia bakar jer. Syah tolong dia cantas pokok tu sekali dan dia ucapkan terima kasih dan bagi daun kari untuk Syah tanam.
Dari belakang rumah Syah kedepan rearrange pokok-pokok depan rumah Syah dan sapu sampah sambil buka radio Ael. Setelah kerja selesai Syah siram pokok dan cuci peralatan seperti cangkul, parang dan gunting serta penyapu. Selepas tu Syah mandi sekali lagi untuk bersihkan badan. Ok lah penat betul dan sakit kepala pula. Sekejap lagi nak ke kedai beli roti untuk buat sandwich. Sekejap tadi Syah makan sup sayur balance semalam tapi rasa macam sakit perut lak tapi sup tu tak basipun. Adoi sakit kepala lak sekali mungkin buat kerja tadi kot? Heheheh dah berumur macam nie lak kan?
Hujan renyai-renyai lah pulak............... ok nak gi kedai pakai payung sekaki................... Jom semua.
No comments:
Post a Comment