01.03.2011, Selasa - Hip ........ Hip ......... Hip .......... Hurray. Semalam 28.02.2011 Y.Bhg Dato' Group Chief Executive Officer TM dalam pengumumannya melalui VC diseluruh negara dalam Majlis JOM BERSAMA DATO' SRI ZAM ISA mengumumkan bayaran bonus sebanyak 2 (dua) bulan untuk anggota TM. Shukur Alhamdulillah kerana sudah lama rasanya kami selalu dapat bunus dibawah 2.0. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Pencapaian Memberangsangkan TM Bagi Tahun 2010 akan diadakan pada hari Khamis ini bersamaan 03.03.2011 bermula jam 12:30hrs hingga 14:00hrs. Aturcara majlis seperti berikut :-
- 12:30hrs - Ketibaan Para jemaah
- 12:40hrs - Ketibaan Pengurusan Atasan TM
- 12:45hrs - Ketibaan Y.Bhg Dato' Sri Zam Isa, GCEO TM
- Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran
- 13:28hrs - Solat Zohor Berjemaah
- 14:00hrs - Majlis bersurai
Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia atau BAKIT secara serentak disemua Masjid/Surau TM diseluruh negara. Kepada pembaca-pembaca blog tengkusyah.blogspot yang bertugas di TM marilah kita bersama-sama menghadirkan diri ke majlis ini sebagai tanda kesyukuran kita ke hadrat Ilahi atas pencapaian TM yang memberangsangkan.
No comments:
Post a Comment