11.03.2011, Jumaat - Malam nie letih dan tension betul Syah dalam perjalanan balik ke Rawang. Dalam perjalanan menuju ke Chow Kit pihak polis tutup jalan dan bas pula mengelabah pusing ikut jalan lain dan jalan yang diambil tu jem gila, Bas Metro ikut PWTC dan masuk semula ke Chow Kit. Pemandu bas pula asik meyumpah jer dan keluarlah perkatan Babi beberapa kali dari mulutnya dan marah dekat sesetengah penumpang. Syah sempat dengar seorang penumpang wanita dibelakang Syah asik mengomel jer marahkan driver tu dan katanya driver tu memang kurang ajar sedikit. Jalan dari Selayang ke Bandar Rawang lagilah jem tapi bergerak dan bila bas sampai di Bandar Rawang Syah lihat jam ditangan hampir 20:25hrs dan cepat-cepat Syah berlari-lari dalam hujan renyai itew untuk ke bas stop ke Rawang Residence. Shukur alhamdullilah bas masih ada dan tak lama Syah naik bas pun bertolak. Dah last minute naik bas alamat berdirilah jawabnya dan Syah hanya duduk setelah bas memasuki taman perumahan bila ada penumpang yang keluar.
Sampai rumah hampir jam 21:00hrs. Syah panaskan AEL dan solat. Selepas tu buat Jus Green Apple Cellery with Carrot dan malam nie buat lebih sedikit. Syah lihat diphone ada miss call jam 20:30hrs dan bila buka rupannya Azrin call. Syah call semula dan Azrin inform saja call tanya khabar. Rupa-rupannya dia juga menonton Hikayat Merong Mahawangsa tetapi di TGV Wangsa Walk dan katannya tiket 20:30hrs sudah habis dan dia beli tiket jam 23:00hrs. Syah tak tanya pula dia menonton dengan siapa. patutlah masa menonton Merong Mahawangsa di KLCC semalam, Muss inform Syah kat KL Residence katanya ada pangung TGV.
No comments:
Post a Comment