18.03.2011, Jumaat - Hampir jam 15:30hrs tadi hujan lebat di Rawang dan Syah sempat angkat kain dijemuran. Memang lebat dan angin kuat sampai senget Syah tengok pokok pisang depan rumah Syah dan ada air tempias masuk ikut pintu utama. Sekarang jam 16:48hrs dan masih hujan tapi taklah lebat macam tadi. So Syah masak sup sayaur untuk dinner petang nie. Bila Syah keluar sahaja nak masak di bahagian belakang rumah Syah, terperanjat lihat pokok asam/pelam jiran belakang rumah Syah macam nak tumbang dan menghala rumah Syah. Alamak ada .... ada sahaja ........... tak tahulah sebab hujan tadi ker atau dah lama. Takut juga nanti jika dibiarkan lama-lama tumbang kena rumah atau pagar Syah. masalah betul, nantilah malam nanti kalau ternampak jiran tu nak juga Syah ingatkan dia pasal pokok tu takut juga kena rumah. Harap-harap dia faham nanti, malas nak gaduh-gaduh nie coz tak ada faedahnya.
No comments:
Post a Comment