29.03.2011, Selasa - Syah memang selalu mimpi dan mengigau mungkin kerana Syah suka berfikir mengenai sesuatu perkara hingga dibawa kedalam tidur. Kata orang mimpi tu hanya mainan tidur, hasutan syaitan dan ada juga orang kata mimpi tu sebagai petanda untuk memberitahu kita mengenai sesuatu. Pagi tadi Syah bermimpi macam ada tiga atau dua ekor kucing dan rasa macam anak kucing. Tak tahu macam mana salah seekor darinya Syah ketuk kepala dia dan Syah ketuk lagi supaya senang dia mati. Tak tahu mengapa Syah buat begitu. Walau bagaimanapun mulanya ingatkan dia mati tapi tak mati dan rasa sayang pula kat kucing tu. Syah pegang kucing tu dan rasa macam kucing tu dah jadi besar pula dan Syah belai dia sebab rasa sayang kat kucing tu. Heheheh ........... ada-ada sahaja kan ?
By the way hari ini Syah masih MC lagi selama dua hari since semalam dan lutut Syah macam biasa ada masa-masanya bila berlaku pergerakan akan berasa sakit sedikit serta kadangkala berdetup bukan sebelah yang sakit tetapi sebelah yang tak sakitpun ada masanya berbunyi berdetup. Syahpun bangun lewat hari nie approx jam 06:30hrs. Macam biasa Syah buang air besar dan kali nie mula-mula agak keras sedikit tapi kemudiannya keluar macm biasa ........... tak lah sembelit macam dulu memang susah nak buang air dan rasa macam nak menangis kita dibuatnya.
Lepas tu Syah mandi dan solat subuh. Sekarang jam 07:38hrs dan Syah berada dibilik TV sambil mendengar Radio Sinar, seronok pula dengar celotih Raja Azura dan Salleh Yaakob yang buat suara macam lelaki lembut disamping lagu-lagu era 90an. Terkenang masa remaja dolu-dolu.... Heheheh kenangan jer tu tapi kalau tak ada dulu macam mana ada sekarang kan? Segmen yang gelihati tu adalah mereka translate lagu Melayu ke Bahasa Inggeris dan kadangkala terjemahannya direct translation, tu yang buat kelakonyer sampai pecah perut. Syah buka tingkap bilik TV bagi masuk udara segar. Syah juga buka pintu depan supaya udara segar masuk dalam rumah. Tahu tak anda bahawa orang-orang tua selalu kata pagi-pagi buka pintu rumah supaya rezeki masuk rumah tetapi zaman sekarang kena berhati-hati buka pintu rumah nanti lain pula yang masuk.
Syah minum susu omega tadi tetapi nak makan apa pagi nie Syah tak tahu lagi. kalau ikutkan hati memang tak lapar tapi Syah kena isi perut sedikit kerana hendak makan ubat. Mungkin Syah akan buat Horlic O Panas dan masukkan Oat dalamnya sebelum makan ubat. Semalam Syah buat macam tu. Ingat tak dulu Syah pernah cerita di Entry Syah ada seorang perempuan yang kenalkan dirinya sebagai Ayu dan minta Syah call balik dan cakap dia sedang berada dalam bilik tidur dan nak mandi tu. Syah rasa dia nie lain macam sedikitlah, sekejap tadi dia call tapi Syah tak angkat kerana Syah tag nombornya sebagai " Pompuan X Jawab" so, Syah tahu dialah yang call tu. Ok .......... setakat ini coleteh Syah untuk pagi nie. Jumpa lagi dientry yang lain di tengkusyah.blogspot.com. Terima kasih kerana menyokong blog Syah. Really appreaciate it.
No comments:
Post a Comment