Inilah masanya untuk kita mengambil tahu hal anak-anak kita samada dari segi pendidikan, kesihatan atau aktiviti sosial mereka. Dekatkan mereka dengan kita untuk menimbulkan rasa kasih dan sayang dan mereka akan merasa mereka dihargai dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Jadikan anak-anak sebagai kawan kita dan dengan cara ini mereka akan berkongsi masalah dengan kita. Anak-anak sebenarnya bukan hendakkan kemewahan hidup secara total tetapi perhatian dari kedua ibubapa merupakan asas dalam pembentukan peribadi mereka. Memang kita menghantar anak ke sekolah yang terbaik, menghantar mereka menimba ilmu Agama, memberi kemewahan dalam hidup mereka dengan wang ringgit TETAPI kebanyakan ibubapa terlupa akan Kasih Sayang dan Perhatian yang perlu ditumpukan kepada anak-anak.
Remaja zaman sekarang tidak seperti remaja zaman dahulu, mereka sekarang menghadapi masalah attitude. Jangan beri alasan perubahan zaman, it is a Lame Excuse. Kebanyakan ibubapa menyalahkan pergaulan anak-anak dengan kawan-kawan atau sistem pendidikan itu sendiri menjadikan anak-anak mereka sebegitu tetapi ingatlah wahai ibubapa apa-apapun semuanya bermula dari rumah. Pernah tak kita bertanya kemana anak-anak kita pergi selepas balik dari sekolah/kolej, mengapa dia tidak balik rumah dan bermalan dirumah orang lain, menegur cara mereka berpakaian, menegah pergaulan bebas mereka atau menegur anak-anak yang merokok. Kebanyakan ibu bapa memandang enteng perkara seperti ini dan jika berlaku musibah mereka akan menyalahkan pihak/orang lain pula.
Satu lagi perangai ibubapa zaman sekarang, kebanyakan mereka tidak menerima teguran orang lain terhadap anak-anak mereka. Jika kita menegur anak-anak mereka, mereka menggangap iannya sebagai satu ancaman dan mempertahankan anak-anak mereka walaupun mereka tahu anak-anak mereka bersalah. Ini akan membuatkan anak-anak berani melakukan kesalahan. Semua orang manjakan anak-anak terutamanya ibu yang bertarung maut untuk melahirkan mereka, tetapi kita harus bersikap terbuka terhadap teguran masyarakat sekeliling dan menyiasat perkara itu untuk kebaikan anak-anak kita juga kerana mereka inilah bakal pemimpin negara/keluarga dimasa hadapan.
Ada juga ibubapa yang mengamalkan favouritsme dikalangan anak-anak. Mereka akan memberi tumpuan kepada anak-anak yang mereka suka sahaja dan ini adalah amalan bahaya yang sepatutnya tidak berlaku. Anak-anak yang disisihkan ini akan terasa yang mereka diabaikan dan jangan terperanjat jika satu hari nanti mereka memberontak, melawan dan menjadi kurang ajar dengan ibubapa. Situasi ini sebenarnya kadangkala tidak disedari oleh ibubapa sebagai contohnya ada kehendak akan-anak yang dipenuhi manakala ada anak yang lain tidak dipenuhi permintaan mereka dengan alasan tak pandai belajar atau nakal. So jika anda ada tabie seperti ini Syah harap cubalah ubah secara perlahan-laha untuk kebaikan anak-anak.
Ada juga ibubapa yang menentukan arah tuju hidup anak-anak mereka terutamanya dalam pelajaran dengan memberikan expectation yang tinggi kepada anak-anak. Kadangkala anak-anak tidak berminat dengan bidang yang diambil tetapi disebabkan ibubapa hendak glamour dan Syok sendiri, anak-anak jadi mangsa. Akhirnya ada diantara mereka yang gagal dalam pelajaran kerana tidak berminat dalam bidang yang diambil. Jika ini berlaku siapa yang malu, bukan sahaja anda sebagai ibubapa yang malu malahan anda telah merosakkan hidup anak anda sendiri. Lagi menyedihkan jika mereka menghadapi Tekanan Perasaan atau senang kata Gila disebabkan tension dengan anda.
Didiklah anak-anak dengan cara yang betul. Jika mereka membuat kesilapan atau kesalahan iannya harus ditegur. Jangan takut jika mereka akan menangis kerana adalah lebih baik mereka menangis sekarang daripada kita pula yang akan menangis bila mereka sudah dewasa nanti. Nak manjakan anak boleh tapi biarlah bertempat. Sehingga disini sahaja Celotih Syah pada pagi ini dan Selamat bercuti dihari minggu bersama keluarga / orang yang tercinta.
No comments:
Post a Comment