28.03.2011, Isnin - Pagi tadi Syah ke Kelinik TM Medical Center sekali lagi kerana lutut Syah sakit dan terangkan apa masalah yang Syah hadapi. Doktor tambah lagi pain killer dan beri Syah cuti sakit untuk dua hari. Sepatutnya hari ini Syah kena hadir Engagement Program di TM Training Center dan kehadiran adalah diwajibkan tetapi kerana lutut Syah masih sakit Syah tak dapat hadir dan akan kemukan MC berkenaan untuk kelulusan boss Syah, Dek Nor. Baru sekejap tadi Syah siapkan dokumen untuk akru Mac 2011 kerana tarikh tutup 30.03.2011 dan Syah MC hingga 29.03.2011. Pada 30.03.2011 tu pula, Syah ada briefing mengenai SRM E-Invoicing di Aras 50 Menara TM. Ok Syah nak gerak balik rumah. Doakan Syah sihat yer kawan-kawan semua.
No comments:
Post a Comment