Friday, March 4, 2011

Tunku Mahkota Johor Ditabal Pemangku Raja

04.03.2011, Jumaat - Petang semalam (03.03.2011) lebih kurang jam 16:15hrs telah diadakan Istiadat Pertabalan Pemangku Raja di Istana Besar Johor Baharu, Johor. Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail telah ditabalkan sebagai Pemangku Raja. Pengisytiharan dan Perlantikan ini adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Dengan pertabalan ini Pemangku Raja akan menjalankan urusan rasmi negeri apabila Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak bersemayam dalam negeri berkenaan.

Gambar dari Utusan Malaysia

Turut berangkat dalam istiadat ini adalah DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith. Upacara angkat sumpah dan watikah perlantikan ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman, Ahli-Ahli Exco kerajaan negeri serta kerabat diraja. DYAM Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28.01.2010 setelah Paduka Ayahandanya dimasyhurkan sebagai Sultan Johor berikutan kemangkatan nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

No comments: