Cofee table Book nie berharga RM450.00 senaskah dan didatangkan dengan 620 foto termasuk foto bersejarah dalam buku setebal 320 muka surat. Kalau di lihat dari segi harganya, ianya adalah sesuatu yang sukar untuk Syah peroleh dalam masa terdekat ini melainkan kalau ada orang menghadiahkannya untuk Syah dan itu adalah perkara yang mustahil akan berlaku. Insyallah satu hari nanti Syah akan memilikinya bak kata orang simpan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan? Kalau nak bacapun mungkin Syah akan cari di Perpustakaan Negara kerana kalau dikedai buku mesti kena seal punya.
Buku ini diterbitkan oleh Arus Intelek Sdn Bhd dan Penulisnya merupakan Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd, Datin Azizah Mokhzani yang memaparkan sejarah kewujudan institusi diraja serta peranan dan bidang kuasa yang ada pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Buku ini juga memaparkan keperbadian dan liku-liku hidup setiap Raja atau Sultan yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Idea untuk menerbitkan buku ini bermula apabila Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-12 ketika itu datang melawat Allahyarham suami Datin Azizah, Datuk Mokhzaini Abdul Rahim yang sedang mendapat rawatan di hospital. Keperihatinan yang ditunjukkan oleh Tuanku Syed Sirajuddin telah memberikan inspirasi kepada beliau menghasilkan buku ini. Selain daripada itu, kisah-kisah Yang di-Pertuan Agong yang pernah beliau baca sebelum ini juga menyumbang kearah wujudnya naskah ini. Peristiwa dan kisah berkenaan telah membangkitkan aspirasi beliau terhadap peranan Yang di-Pertua Agong yang mana iannya dipengaruhi oleh keperibadian dan latarbelakang Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. sehubungan dengan itu beliau ingin berkongsi sebahagian daripada warisan negara ini bersama generasi akan datang didalam buku ini.
Jika anda berminat untk memperolehi buku ini, sudi-sudikanlah mencarinya ditoko-toko buku terkenal sekitar tempat anda untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi untuk dikongsi bersama saudara mara serta rakan taulan. Selamat Membaca.
No comments:
Post a Comment