Monday, March 14, 2011

Gelaran Wanita Pertama Malaysia Adalah Merujuk Kepada Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor

Gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor (Kiri) dan bukannya Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (Kanan).


14.03.2011, Isnin – Siapakah sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama di Malaysia. Adakah isteri kepada Perdana Menteri atau Permaisuri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini terdapat kekeliruan terhadap gelaran ini dikalangan rakyat Malaysia. Hari ini segala kemusykilan itu terjawab apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa dalam konteks Malaysia, Wanita Pertama merujuk kepada Isteri Ketua Eksekutif Negara iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan ini dikeluarkan ketika menjawab soalan YB Datuk Johari Abdul (PKR – Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia samada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Menurut YB lagi, panggilan ini merupakan gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman lama yang biasa dalam politik antarabangsa. Beliau mengambil contoh di United Kingdom dimana Queen Elizabeth II bukan dianggap Wanita Pertama kerana baginda digelar sebagai Queen atau Ratu begitu juga yang berlaku di Jepun.

Beliau memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa tiada sebarang peruntukan kewangan khususnya untuk membiayai sebarang kegiatan Wanita Pertama dan tiada unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri. Tambah beliau lagi penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercangah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama.

8 comments:

Radin87 said...

Sepatutnya gelaran Wanita Pertama itu tidak digunakan langsung di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan.

Jika kita lihat di mana2 negara, Wanita Pertama itu adalah gelaran untuk isteri kepada Ketua Negara dan bukannya Ketua Kerajaan. Di negara beraja, isteri raja tidak menggunakan gelaran Wanita Pertama kerana memberi laluan kepada gelaran dirajanya iaitu "Permaisuri"

Namun, ia tidak bermakna Isteri kepada Perdana Menteri boleh menggunakan gelaran Wanita Pertama, sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat Radin87

tengkusyah said...

Thanks for the comment. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung perkara ini di DEWAN RAKYAT bukannya Cakap-Cakap di Kedai Kopi.Keputusan ini harus dihormati oleh semua pihak.

Anonymous said...

Jika dikira dari peruntukkan perlembagaan,tidak pernah sesekali disebut nama isteri perdana menteri.
kerana itu bukan jawatan rasmi,dia tidak mempunyai apa-apa kapasiti untuk diutamakan dalam persekutuan

mengikut perkara 32,ketua negara malaysia adalah Yang DiPertuan Agong.JiKA Agong dipanggil sebagai ketua utama,kenapa PULA gelaran WANITA PERTAMA dipakai oleh Isteri PM???

Tiada apa-apa kapasiti dari segi kewangan,atau peruntukkan untuk isteri PM digelar wanita pertama

jika pihak kerajaan begitu pandai menafsir perlembagaan dan mengelirukan orang lain dengan kenyataan seperti ini..ini lebih menyulitkan keadaan.?

percayalah WANITA PERTAMA itu adalah milik isteri ketua negara bukannya ketua kerajaan..
DAULAT TUANKU..
SAYA TETAP AKAN PERTAHANKANNYA
KERANA...SAYA TAHU YANG SEBENARNYA...SAYA BELAJAR UNDANG-UNDANG DAN SEJARAH..JANGAN CUBA PUTAR BELIT FAKTA UNTUK TUJUAN MURAHAN...

tengkusyah said...

Dalam Dewan Rakyat Menteri memaklumkan penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercangah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama.


Negara kita ada undang-undang dan diperintah oleh kerajaan yang memerintah sekarang ini. Jika anda ingin membuat undang-undang sendiri kerana latarbelakang anda itu hak anda kerana tak ada seorangpun dalam dunia ini yang boleh membuat semua orang bersetuju terhadap sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh sesuatu pihak.

Tepuk dada tanya selera dan jangan pula nanti jadi Beraja DiHati dan BerSultan Dimata.

Putra Blog said...

bukan pasal soal nak buat undang-undang sendiri...saya bersetuju juga dengan radin...

menurut apa yang saya tahu,wanita pertama itu adalah milik ketua negara kerana

"The title First Lady is controversial and is challenged that it should not exist in Malaysia on the premise that Malaysia is not a Republic. The same applies in Canada where the wife of the Prime Minister is simply the wife of the Prime Minister and not the First Lady of Canada. That singular privilege belongs to HM The Queen. Hence, the legality of such a status is challenged."

terpuylanglah..but indeed i agree with radin..frankly speaking

tengkusyah said...

Ini bukan persoalan Terpulang atau Tidak. Apa yang berlaku disini adalah dalam konteks Malaysia dan Iannya diguna pakai di Malaysia dan sekarang ini kita berada di Malaysia. Bersetuju atau tidak itu hak peribadi masing-masing.Tetapi keputusan telah dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini dan ianya boleh digunapakai.

Radin87 said...

Jika Kerajaan yang mentadbir mahu menggunakan gelaran Wanita Pertama untuk merujuk kepada Isteri Perdana Menteri.. itu terserah..

Tapi, saya tetap akan menjalankan tanggungjawab saya berdasarkan ilmu yang saya pelajari.

Penggunaan Wanita Pertama kepada isteri Perdana Menteri adalah penggunaan yang salah.

http://radin87.blogspot.com/2010/12/december-discussion.html