07.03.2011, Isnin - Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah telah merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen Ke-12 hari ini. Istiadat dimulai dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Parlimen diikuti dengan 21 das tembakan meriam. Seramai 4 pegawai dan 103 anggota terlibat dalam perbarisan ini yang diketuai oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali dari Kem Sungai Besi . Turut mengiringi baginda adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri dan Isteri, Timbalan Perdana Menteri dan Isteri, menteri-menteri kabinet serta perwakilan asing. Dewan Rakyat akan mula bersidang mulai esok, 08.03.2011 sehingga 17.04.2011.
No comments:
Post a Comment