Shukur alhamdulilah bas sampai macam biasa tetapi driver biasa masih cuti lagi. Sempatlah beberapa orang penumpang bercakap sesama sendiri mengenai pemandu bas yang sentiasa cuti. Syahpun naik heran selalu sangat cuti macam orang kerja kerajaan pula dia, cuti tahunan banyak atau mungkin dia ada hal penting dan cuti tanpa gaji. Sampai sahaja KTM Rawang, train sudah ada dan cepat-cepat Syah masuk stesyen menggunakan touch & go dan tak perlu berbaris untuk membeli tiket. Sekarang train diarea Sungai Buluh dan berhenti agak lama kerana member laluan kepada train lain dilandasan.
Lutut kanan Syah sakit semenjak hari Ahad lepas. Tak tahulah kenapa, mungkin hari Sabtu Syah buat kerja-kerja berkebun didepan rumah seperti mencangkul, angkat tanah dan betulkan pokok bunga menyebabkan lutut Syah sakit. Sakitnya terutama bila Syah mencangkung terasa sakit disebelah lutut kanan bahagian tepi kiri. Mungkin sambungannya problem ker atau ada masalah lain. Dulu ada juga sakit macam tu tetapi sekejap jer tapi kali nie Nampak macam berpanjangan. Rasanya sakit sangat dan bisa ada masa-masanya bila kit buat mencangkung atau berjalan. Kadangkala peha Syah rasa kebas pun ada juga, Masa mencangkul tu Syah ada cangkul tanah yang macam tinggi sedikit kat depan rumah jiran India Syah tu tapi itu bukan busut. Takut juga terusik benda-benda yang kita tak Nampak?
Testis dan ari-ari sebelah kiri Syah pula ada masa-masanya rasa macam mencengkam dan sakit sedikit terutamanya jika ada pergerakan atau Syah tarik nafas semalam dan pagi nie Nampak macam berkurangan pula. Disebabkan rasa tak selesa tu Syah tak puasa semalam kerana nak minum air banyak-banyak. Sekarang nie masa duduk dalam komuter nie peha Syah rasa lengoh dan lutut sekali sekala rasa macam berdenyut dan bila Syah gerakkan kaki rasa bahagian lutut tu sakit. Doakan agar Syah sihat yer kawan-kawan semua.
Semalam pula Syah balik naik Bas dan dalam bas ada seorang Kakak ( 50an @ 60an) duduk sebelah Syah dan dia asik bersembang pasal keluarga dia, urusan pencen suaminya yang meninggal tahun 70an yang tak seattle lagi dan macam-macam termasuk tanya pasa diri Syah. Dia inform dia tertekan dengan masalah dia terutama kes pencen arwah suaminya. Dia kata dia ada rumah sewa, banglow pun ada tetapi dia duduk rumah sewa yang ala-ala sahaja. Dia tak pakai kereta kerana takut memandu dan dia kata lesennya banyak sambil menunjukkan tangannya mengambarkan banyanya lesen dia renew. Ada sepasang cahayamata yang berjaya dalam hidup mereka. Dia inform anak-anaknya jarang jumpa dia.
Dia ada business dan kadangkala buat motivasi dan dulu seorang ustazah. Katanya dia berpengetahuan luas dalam undang-undang dan perubatan dan ada kelinik katanya tapi Syah tak tanya samada kelinik perubatan atau paranormal kerana dia .mention pasal doctor dari Indonesia yang boleh ubatkan penyakit-penyakit misteri. Dia ada inform syah yang doktor sahkan dia ada tekanan perasaan. Dia sempat Tanya Syah pasal umrah Syah bersama family sekitar 1990an dulu. Dia cerita pasal dia beli beg pakaian bonia untuk ke Mekah, Lepas tu menyesal kerana orang kata beg tu akan dibaling jer masa mereka memungah barang-barang di airport. Dia juga beli tudung dan pakaian yang agak mahal juga harganya.
Dia inform nama Sungai Hj Dorani di Daerah Sabak Bernam tu adalah nama datuknya. Tanah ibunya banyak dari Tangung Karang sampai Sg Hj Dorani dan tanah tu diambil orang katannya dan maknya diam jer. Sempat dia inform Syah yang Hospital Tanjung Karang tu adalah tanah ibunya. Katannya arawah suami dia orang campuran arab dan anak-anak dia terutamanya perempuan tu macam mat salleh ikut rupa ayahnya. Very Hendsome and Good Looking suaminya, katanya pada Syah. Dia juga kata yang Syah hendsome tapi mengapa tak kahwin. Dia akui Syah nie awet muda bila Syah inform umur Syah. Dia ingat Syah nie Mix kerana katannya macam Malbary Indian (India berkulit putih) dan Syah inform dia yang Syah bugis. Diapun kata dia juga ada darah campuran Bugis dan Arab.
Kakak tu turun di area Bt 16, Rawang. Entahlah ............ Orang sudah bersembang dengan kita layan jer lah selagi dia tak membahayakan kita. Ok jumpa lagi dilain Entry dan sekarang jam 08:00hrs dan Syah berada di Stesyen KTM Kuala Lumpur dan sebentar lagi akan sampai ke KL Sentral.
No comments:
Post a Comment