Monday, March 7, 2011

Syah Join Kelab Nutrisi

07.03.2011, Isnin - Hari ini Syah join Kelab Nutrisi di Amazing Nutrition, Plaza Pantai. Kelab nie terletak di Stensyen LRT Kerinchi. Dulu lagi mereka sudah approach Syah tapi Syah buat tak kisah dan minggu lepas saja tergerak hati nak tanya dan jumpa jurulatih mereka bernama Kak Siti dan kebetulan member Syah Fuad pun suruh Syah join sekali. Dulu katannya kaki dia sakit dan bila join kelab tu keadaannya beransur pulih dan rasa bertenaga dan sihat.

Kelab ini menyediakan permakanan dengan cara sihat yang mereka istilahkan sebagai Makanan Abad ke-21. Makanan ini perlu diambil menggunakan tiga langkah iaitu 1,2 dan 3 dalam bentuk minuman. Minuman Pertama untuk Mencuci Perut, Minuman Kedua untuk membuang Toksin dalam badan dan Akhir Sekali Minuman Ketiga yang mengandungi 55 jenis nutrition. Bila kita mengambil makanan nie, menurut mereka kita akan berasa kenyang selama approx 4 jam dan kita hendaklah minum banyak air supaya segala toksin dalam badan dikeluarkan melalui urin (air kencing). Teringat Syah masa ambil Jusmate 5 Dr. Rozmey pun kena minum banyak air dan tips nya jika berasa lapar minum air dan kita akan rasa kenyang. Untuk menjadi ahli kena mengambil makanan ini selama 8 kali dan dinasihatkan secara berturut-turut untuk kita sendiri melihat dan merassai perubahan pada diri sendiri.

Kak Siti - tudung purple sedang berkongsi pengalaman beliau dengan ahli-ahli Kelab Nutrisi.

Lain orang lain kesannya. Selepas makan Syah rasa pening dan mual, mengikut Kak Siti itu tindakbalas makanan tu. Syah bukan apa sahaja nak cuba dulu produk nie manalah tahu boleh membantu masalah sembelit dan mata syah. Syah dah cuba banyak benda tapi mula-mula sahaja ok lepas tu kena balik sembelit Syah. Syah nak lihat juga keberkesanan makanan kesihatan nie. Masa program Kesihatan TM tahun lepas, Syah ada cuba buat testing dan sales girls tu inform yang badan Syah banyak toksin dan dekat matapun ada katanya. Tak salah mencubakan dan tengoklan dalam masa 8 hari nie nanti, perubahan yang Syah alami dan boleh kita kongsi bersama. Buat permulaan nie, Syah tak boleh nak buat sebarng komen lagi.

Apa yang Syah perhatikan di Kelab nie, kita boleh bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat, mereka yang mengidap berbagai masalah kesihatan dan orang tua dan orang buta pun ada sekali. Kita boleh mingle around dan berkongsi pengalaman serta cerita mereka sebelum / selepas mengambil makanan ini. Memang best dan jika anda berminat, anda boleh menghubungi Kak Siti ditalian 019 - 6495916 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kelab Nutrisi ini. Mungkin Syah baru disini dan jika lama nanti mungkin boleh kenal dengan ramai kawan disini. Mereka kenakan caj RM13.00 sekali minum dan selepas kita mencubanya sebanyak 8 kali, tak silap Syah mereka caj RM10.00 sahaja. Bila ambil makanan nie kita tak perlu ambil lunch kerana ianya mengenyangkan. Serupa juga kalau kita lunchpun harga makanan tu lebih kurang juga.



No comments: