Syah pun heran, pasangan indian yang keretanya langgar kereta azrin ditempat parking Azrin tu tak jumpapun Azrin atau Bak minta maaf sebab Syah tengok dia lalu depan rumah Azrin dua, tiga kali hari ini. Masa Syah tolong Bak tadipun dia ada lalu dan apa salahnya minta maaf ker atau tolong sekali kan? Macam tak ada budi bahasa. Walau bagaimanapun, tadi Syah inform Azrin mungkin india tu takut sebab tu dia tak datang minta maaf kot? Lagipun indian tu baru pindah rumah yang dia duduk sekarang nie dan dia adalah penyewa. Pada mulanya mereka nak claim kerosakan tanaman kat indian tu tapi tak jadi kot. Ialah yang pentingnya semua selamat kerana waktu tu tak ada orang diluar. Biasanya waktu petang Bak suka berkebun kat depan tu tapi petang semalam dia buat kerja lain. Shukur alhamdullilah iannya tak melibatkan nyawa orang.
Friday, March 18, 2011
Tolong Bak Kemas Pokok Yang Kena Langgar Oleh Jiran Semalam
18.03.2010, Jumaat - jam 10:45hrs tadi Syah jenguk keluar rumah dan nampak macam ada orang didepan rumah Azrin sedang mengemas kesan kemalangan semalam tapi Syah tak pasti siapa. Lalu Syah kunci rumah sekejap dan ke rumah Azrin. Rupa-rupanya Ayah Azrin, Bak sedang mengemas depan rumahnya. Syah tengok Bak dah kemas lebih kurang 70% dan Syah tolong sedikit-sedikit sahaja dan Syahpun kan tak berapa sihat sedikit. Bak kata tak payah tapi Syah tolong juga, sedikit jer. Banyak juga pasu yang pecah dan Bak rearrange semula tanaman dia. Syah inform Bak hendak pasu tak dia macam malu-malu nak kata ya dan Syah tanya nak berapa sebab kat rumah Syah ada pasu spare. Bak kata nanti macam mana kalau Syah nak guna nanti pasu tu dan Syah cakap tak apa ambil jer Syah bagi. So Syah balik rumah dan ambil dua biji pasu. Selepas tolong Bak, Syah minta diri balik rumah dan pesan supaya dia hati-hati buat kerja tu sebab sorang-sorang kat luar bukan apa takut kadangkala kereta laju kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment