Tuesday, March 29, 2011

Elia Suhana Masih Isteri DYMM Sultan Ismail Yang Sah

Elia Suhana - Gambar Fail
30.03.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah, Berkat sifat sabar dan tabah menghadapi berbagai dugaan akhirnya kebenaran memihak kepada Puan Elia Suhana, Isteri Kedua Mantan Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail Petra. Hari ini Mahkamah rayuan Syariah Kota Baharu Kelantan menolak rayuan permohonan lafas cerai terhadap Puan Elia yang difailkan oleh Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada 03 Mac 2010 lepas. Dengan in Puan Elia Suhana adalah isteri yang sah kepada DYMM Sultan Ismail Petra.

Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Dato' Daud Mohamad selaku pengerusi panel hakim; Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr. Johari Mat dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria. Keputusan ini dibuat setelah perayu sendiri iaitu Datin Nik Rorhana tidak hadir ke mahkamah hari ini. Penolakan ini juga disebabkan peguam perayu, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri dari kes ini tiga hari lepas dan telah memaklumkannya kepada mahkamah. Penolakan rayuan permohonan pengesahan lafas cerai ini diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enekmen Tatacara Syariah 2002.

Puan Elia Suhana pula dalam kenyataannya hari ini kepada bernama memaklumkan bahawa beliau begitu gembira dan bershukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan dan menganggap iannya sebagai satu cenderahati buat suaminya yang tercinta. Mulai sekarang beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap tuntutan hak lawatan keatas suaminya yang tertanguh sekian lama disebabkan permohonan pengesahan lafas cerai yang difailkan oleh Datin Nik Rorhana ini.

No comments: