23.03.2011, Khamis - Hari nie naik bas metro jam 18:00hrs dan sebelum tu sempat beli meehon goreng di gerai berhampiran bas stand metro berhampiran Bangkok Bank untuk makan dalam bas dan malam nie Syah dah tak makan lagi. Sedap juga dan dah dua hari Syah beli Meehon tu, RM2.00/pack. Masa dalam bas ada beberapa remaja cina naik bas dan dalam bas biasalah remaja buat bising sampai brother sebelah Syah tu meninggikan suara suruh diam. Bila ditegur bukannya dia diam malah diteruskannya aktiviti mereka. Standardlah budak-budak zaman sekarang dan yang kurang ajarnya mereka boleh bersandar kat seat orang dan berpeluk-peluk dengan pasangan masing-masing, lima orang semuanya dua lelaki dan tiga perempuan. Yang lebih kurang ajar lagi bila dah nak sampai Rawang, salah seorang dari mereka boleh salin baju dan kain baju kurung uniform sekolah. Salin pakaian depan orang dengan kawan-kawannya hadang supaya tak dinampak orang lain, budak sekolah rupannya. Kesian makbapak dia habis tertipu dengan anak-anak.
Syah sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Lutut Syah masih lagi terasa sakitnya terutama masa solat tadi. Tak banyak benda yang dibuat malam nie coz penat. Macam nie lah hari-hari sampai rumah jam 21:00hrs. Just call my Sis Intan sebentar tadi, tanya khabar kerana dia ambil Ayahanda dan Bonda di kampung petang tadi kerana Ayahanda ada appointment di HKL esok. Intan inform mereka sampai Selayang jam 19:00hrs dan mereka bertolak dari Sabak Bernam jam 15:45hrs dan jalan agak jem. Kak Lang pun call inform Razak hendak buat birthday party anaknya di Kajang. Sekejap sahaja cakap dengan Kak Lang kerana line tak berapa bagus dan terputus-putus. Jam 22:20hrs tadi Ayahanda call tanya khabar kerana waktu Syah call Intan tadi dia sedang makan. Syah sempat inform dia yang lutut Syah sakit. Oklah ....................... sehingga berjumpa lagi All the best yer. Selamat Malam Semua.
No comments:
Post a Comment