Thursday, March 10, 2011

Gelaran Bagi Mantan Sultanah/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri

10.03.2011, Khamis – Tahukan anda bahawa terdapat tujuh orang individu yang masih hidup merupakan Mantan Sultanah/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri kepada Almarhum Sultan-Sultan bagi negeri-negeri beraja di Malaysia. Apabila Paduka Suami mereka tidak lagi berada diatas tahta kerajaan, maka mereka tidak lagi boleh menggunakan gelaran sepertimana biasa sebagai suri kepada seorang Sultan iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) lagi. Terpulang kepada keputusan Sultan yang baru dan Majlis Diraja bagi setiap negeri untuk menganugerahkan gelaran-gelaran khas yang boleh digunapakai oleh balu-balu berkenaan seperti berikut :-

SELANGOR
Balu kepada Almarhum Sultan Selangor dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XI, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj menggunakan gelaran :-
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
YAM tidak mempunyai zuriat bersama Almarhum Tuanku. YAM Merupakan Bonda Tiri kepada Sultan Selangor sekarang, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

KELANTAN
Isteri kepada Mantan Al-Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. YMM Dikurniakan Tiga orang Putera dan Seorang Puteri termasuklah KDYMM Sultan Muhammad Ke-V.

TERENGGANU
Balu kepada Almarhum Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Al-Haj. YMM tidak dikurniakan sebarang zuriat dan merupakan bonda tiri kepada Sultan Terengganu dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah. YMM dari keluarga Diraja Selangor.

Balu Kepada Almarhum Sultan Terengganu Ke-14 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia IV, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni AL-Marhum Sultan Zainal Abidin III menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. YMM tidak dikurniakan sebarang zuriat dan merupakan Nenda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah.

JOHOR
Balu kepada Sultan Johor dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia V111, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menggunakan gelaran :-
Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar. YAM merupakan bonda tiri kepada Sultan Johor sekarang, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. YAM dikurniakan dengan seorang putera dan lima puteri.

Balu kepada Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim menggunakan gelaran :-
Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail. YAM merupakan nenda tiri kepada Sultan Johor sekarang, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. YAM tidak dikurniakan sebarang zuriat. YAM Tunku Puan Nora Ismail dan YAM Tunku Zanariah Iskandar merupakan adik beradik berlainan ibu iaitu anakanda kepada Tengku Ahmad Panglima Raja daripada Keluarga Diraja Kelantan.

NEGERI SEMBILAN
Balu kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Makaysia X, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman menggunakan gelaran :-
Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. YMM dikurniakan dengan tiga putera dan tiga puteri. YMM merupakan Bonda saudara kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekarang, DYMM Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir disebelah bonda baginda. Bonda Tuanku Munawir, Almarhumah Tunku Ampuan Durah dan YMM adalah adik beradik berlainan ibu iaitu anakanda kepada Tunku Besar Burhanuddin ibni Almarhum Tuanku Antah.

2 comments:

Anonymous said...

Syah, saya baru discover blog Syah dalam beberapa hari ni n amat kagum dgn hasil penyelidikan Syah. Cuma utk topik ni ada pembetulan kat bhgn Mantan Tunku Ampuan N9.TA Najihah Sepatutnya adik beradik bonda Tuanku Muhriz bukannya bonda Tuanku Munawir. Mgkn juga boleh add kat bhgn Johor - Almarhum Sultan Ismail adalah Sultan Johor ke-4 (Moden). Keep up ur good job.

Anonymous said...

Syah, Sory tadi salah type kat comment, Sultan Johor yg ke-3 ialah Sultan Ismail, yg ke-4 barulah Sultan Iskandar. I'm sure u knew better..hehhe

Btw, Syah ada pic semua anakanda almarhum Sultan Iskandar? TQ Syah n Selamat berpuasa.