Semuga Dipanjangkan Jodoh Hingga Ke Akhir Hayat dan Dikurniakan Dengan Putera dan Puteri Yang Solleh.
13.03.2011, Ahad - Semalam Syah ke Sungai Jeluk untuk menghadiri Majlis Resepsi Sepupu Syah Syafida Aini atau kami panggil Ain sahaja. Syah sampai lambat hampir jam 16:00hrs kerana tunggu Mamat di office dan kami ikut jalan lama Ampang untuk ke Kajang kerana Mamat tak tahu jalan ikut highway. So lambatlah sampainya kerana macam biasa jalan ke Ampang Jem. Syah makan sayur tempe, ayam goreng dan kek.
Dari rumah Mak Uda, Syah, Kak Lang Ella dan Kak Long Zainab ke rumah my brother cousin Razak di Bangi lepak-lepak sekejap. Rahimah isteri Razak buatkan minum petang dan goreng keropok. Dari Rumah Razak, kami ke rumah Kak Lang Ella pula di Ampang kecuali Kak Long yang terus balik ke Bistari Jaya. kami lepak-lepak rumah Kak Lang dan makan keropok lagi. Selepas Insyak, kami balik dan Mamat hantar Syah ke KL Residence dan sebelum tu singgah ke Maydin beli pewangi dan ice cream yang Muss pesan.
Ini adalah sampul Angpow yang Syah buat khas untuk Ain pagi semalam. Sempat lagi tu kan?Gambar tu Syah ambil daripada Kak Lang Ella yang hadir majlis berinai besar Ain malam Jumaat tu. Syah buat dua satu daripada Syah dan satu lagi dari Ayahanda dan Bonda. My parents tak dapat datang dan kirim duit sahaja.
No comments:
Post a Comment