Sultan Selangor dalam istiadat pemeriksaan barisan kehormat - Gambar Beruta Harian
29.03.2011, Selasa - Semalam 28.03.2011 Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Neger Selangor kali ke-12 di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Majlis dimulai dengan pemeriksaan barisan kehormat yang terdiri daripada pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di Perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.
Diantara titah baginda dalam majlis ini :-
Kerajaan Negeri harus memainkan peranan penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA dengan memudahkan pelaburan dan perdangangan di negeri selangor terutamanya untuk projek Grater Kuala Lumpur/Klang Valley.
Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat harus mengutamakan kepentengin negeri dan rakyat bagi mencapai keputusan menang-menang (win-win situation) bagi semua pihak. Baginda memberi contoh projek MRT Sg Buluh-Kajang sejauh 60 KM yang pasti akan melibatkan beberapa isu seperti isu seperti pemilikan tanah, kelastrian alam sekitar, kesesekan dan lain-lain masalah. Dijangka projek ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 130,000 orang terutamannya di Selangor. Baginda mahukan segala masalah ditangani dengan cara berhemah.
Menyentuh Projek River of Life, Baginda memaklumkan bahawa projek itu adalah selari dengan projek pembersihan Sungai Klang dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Neger Selangor dan iannya harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik pelabur samada pelabur tempatan atau luar negara melabur di negeri Selangor.
Kerajaan negeri harus mempertingkatkan lagi perlaksanaan program dan kempen bagi mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, mengupayakan golongan muda dan wanita, menaikkan taraf hidup golongan minoriti seperti orang asli dan fakir miskin.
Melaksanakan Strategik Kredit Mikro bagi menggalakkan perkembangan kegiataan keusahawanan sosial serta memantau perlaksanaan skim gaji minimum oleh Kerajaan Persekutuan.
Pemimpin negeri harus memantau keadaan iklim ekonomi dunia yang kadangkala tidak menentu sekarang ini dan jangan mudah selesa dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat dan bebas daripada kemelut ekonomi global.
Baginda mahukan negeri Selangor kekal sebagai sebuah negeri maju dan membangun dari segala aspek termasuk kerohanian, pemikiran, fizikal, emosi dan sosial serta kesedaran sivik dan moral yang tinggi. Baginda juga bertitah agar perlunya sistem semak serta imbang bagi memastikan semua kepentingan ditelita terutmanya dalam fahaman politik yang pelbagai.
Tegas baginda, sistem yang sedia ada hendaklah dilaksanakan atas landasan amanah dan penuh tanggungjawab bukannya berdasarkan peribadi akibat perseteruan politik.
No comments:
Post a Comment