06.03.2011, Ahad - Ingatkan petang tadi hendak ke Kraftangan untuk jalan-jalan kat pameran yang mereka adakan tapi tak jadi kerana waktu begitu cemburu dengan Syah. Syah keluar selepas solat Zohor dan sampai KL jam 16:00hrs. mana sempat hendak ke Jalan Conlay kerana jam 18:00hrs Syah mesti balik semula ke Rawang jika tidak ketinggalan kereta lembu plak nanti. Syah turun di Sogo dan ingat hendak makan di Capitol Cafe tapi tutup hari nie rupannya. So Syah ambil keputusan untuk ke Dataran Merdeka kerana ada Hari Terbuka Angkatan Tentera Darat ke-78. Memang ramai pengunjung hari ini dan karpet hijau didataran merdeka niepun nampak berlumpur dok kena pijak oleh abang-abang askar dan orang awam.
Hari ini merupakan last day Hari Terbuka Angkatan Tentera Darat sempena ulangtahun ATD Ke-78 yang diadakan selama tiga hari di Dataran Merdeka mulai 04.03.2011, Jumaat lepas. patutlah ramai askar Syah jumpa di Masjid Negara semasa Solat Jumaat ari tue. Actually ini merupakan kali pertama diadakan Hari Terbuka ATD yang bertujuan memperlihatkan aset-aset Tentera Darat kepada masyarakat. Aset-aset inilah yang akan digunakan oleh ATD untuk mempertahankan bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini dari sebarang serangan musuh dan anasir jahat. Diantara aset-aset berkenaan berupa Kereta Kebal, Kereta Perisai, Artileri, Hospital Medan, Helikopter dan lain-lain. Pelbagai aktiviti pertunjukan kepakaran dijalankan dalam program Hari Terbuka ini diantaranya, demonstrasi anjing perang, pertunjukan payong terjun, pertunjukan warior dance dan demonstrasi Unit Lawan Keganasan. Seramai 100 anggota berpangkat pegawai dan 5000 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam menjayakan hari terbuka ini.
No comments:
Post a Comment