16.03.2011, Rabu - Hari ini YTM Tunku Panglima Besar Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kedah telah berkenan menyampaikan bantuan kepada seramai 300 orang mangsa banjir yang terpilih daripada mukim Mukim Gunung, Titi Gajah/Anak Bukit dan Padang Hang serta 28 buah sekolah yang ditengelami air. Penerima merupakan mangsa banjir yang melanda negeri Kedah awal November 2010 lepas. Sumbangan berupa barangan makanan dan pencuci lantai adalah ehsan daripada badan korporat dan individu perseorangan yang disumbangkan melalui PBSM. Majlis diadakan di Masjid Sungai Baru, Gunung, Alor Star, Kedah. Turut serta adalah Pegawai Daerah Kota Star serta Penghulu Mukim Gunung, Anak Bukit/Titi Gajah dan Padang Hang. Majlis bermula jam 10:00hrs dan tamat jam 12:00hrs. Para tetamu VVIP kemudiannya menghadiri majlis makan tengahari yang diadakan di Tadika Kemas Sungai Baru berhampiran masjid berkenaan.
No comments:
Post a Comment