Masa dalam bas lagilah sakit. Semalam jalan jem gila tak tahu kenapa dan Syah terpaksa duduk lama dalam bas dan bila nak lunjurkan kaki sakit dan berbunyi berdetup. Adoiiiiiiiiiii sakitnya tapi sakit yang kita boleh tahanlah bukan sakit yang melampau. Sampai Bandar Rawang 10minit sebelum jam 20:30hrs dan Syah terpaksa jalan laju sedikit tapi dengan berhati-hati kerana nak kejar bas ke Rawang Residence. Dalam bas Metro call Azrin minta tolong ambil jika bas sampai lambat tetapi secretaynya yang angkat dan Syah tak cakap pasal minta ambil tu. Walau bagaimanapun Azrin call semula dan Syah ceritakan sebab call dia tadi dan Syah kata tak apa mungkin sempat kejar bas ke Rawang Residence. Dia inform kalau bas tak ada call dia balik. Sekarang sakit tu masih ada lagi dan ada masanya peha Syah rasa kebas. Ialah baru dua kali ambil ubat takkan terus sembuhkan? HEheheheh .............. Kepada anda semua doakan agar Syah sihat dan cepat sembuh yer? Terima kasih atas doa kalian.
Thursday, March 24, 2011
Kesihatan Syah
26.03.2011, Sabtu - Rasa sakit sedikit di bahagian testis Syah sudah ok cuma bila buang air besar tu adalah rasa sikit-sikit sahaja. Tak tahulah macam ada connection plak atau mungkin Syah tak boleh meneran ker tak tahulah tapi keseluruhannya boleh dikatakan ok. Manakala sakit lutut Syah semalam makin sakit. Bila duduk dan nak bangun lutut Syah akan rasa sakit dan bunyi berdetup lalu Syah ke Kelinik Menara TM Medical Center jam 16:30hrs untuk pemeriksaan doktor kerana ada member sakit yang sama ambil ubat kat situ dah ok katannya. Masa doktor periksa dan minta angkat kaki Syah berdetup bunyinya. Doktor beri Syah ubat Tahan Sakit dan Artronil. Syah kata tak nak makan ubat tahan sakit tapi katannya kena makan juga kerana ubat tu juga akan meredakan bengkak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment