Sunday, March 20, 2011

Mengemas Rumah


Ruang Tamu Rawang Residence Syah. Nampak berkilat lantai bila Syah buka sliding door dek pancaran cahaya matahari. Lantai tiles biasa sahaja. Pagi tadi mendung tapi tengahari nie panas pula. Karpet Syah jemur diluar.

20.03.2011, Ahad - Sekarang jam 12:24hrs dan baru habis kemas rumah dari awal pagi tadi. Bersih dan Mop rumah atas dan bawah serta semua bilik termasuk bilik air. Rawang Residence nie ada empat bilik dan tiga bilik air. Syah juga sapu dan mop car porch. macam biasa alihkan perabut baru sapu dan mop. Penat betul dan badan rasa sakit-sakit sebab buat kerja berat sedikit semalam. Lutut Syah pula rasa sakit bila mencangkung coz dah longgar agaknya, Heheheheh ............ Syah juga jemur carpet di pintu pagar rumah. Syah buka semua pintu bagi angin masuk. Tak tahu nak makan apa, since pagi tadi Syah minum sahaja. Ok Syah nak baring-baring sambil menonton TV sekejap. Walaupun baring tapi sekali sekala kena jenguk keluar takut karpet kena kebas lak nanti atau ada anjing jiran yang minat cium dia, susah juga nanti? Jumpa lagi dilain entry. Muahhhhhhhh...............

No comments: