Tuesday, March 29, 2011

Perjalanan Pagi Ini

30.03.2011, Rabu – Sekejap sahaja sudah hendak habis bulan Mac kan? Pejam celik pejam celik nak masuk April dah. Cepat sungguh masa berlalu begitulah juga dengan usia kita terutamannya Syah yang akan menyambut hari lahir pada 24 April nie. Sekarang Jam 07:05hrs dan Syah berada dalam komuter Rawang-KL yang masih berada di KTM Rawang lagi, Shukur Alhamdulillah sampai sahaja di stesyen, train baru sampai dan cepat-cepat Syah berjalan walaupun lutut nie agak sakit sedikit,.Bas dari Rawang Residence ke Pekan Rawang macam biasa tetapi sekarang nie waktu pagi bas lalu ikut Bulatan Rawang berhampiran Terminal Bas Rawang untuk memudahkan penumpang yang hendak ke KL menaiki bas.

Jadi sampai ke KTM agak lewat beberapa minit dari kebiasaannya. Bas mini yang kami naiki ini ada bas stop dia sendiri berhampiran 7E Rawang atau kita katakana kawasan kedai lama Rawang atau ada juga mengelarkannya Pekan Lama Rawang. Pagi nie bas mini yang Syah naiki bukan bas yang biasa we all naiki, tak tahu kenapa mungkin bas yang biasa tu masuk workshop agaknya. Walau bagaimanapun dah namanya mini, keadaannya sama sahaja agak sempit sedikit tempat duduknya.Pemandunya adalah pemandu yang biasa bawa kami tu. Minggu nie nampaknya macam tak cuti pula dia sebab sentiasa ada. Semalam, walaupun Syah cuti tapi bila bas tu lalu dikawasan rumah Syah, Syah nampak pemandu yang biasa bawa bas tu.


Syah pagi ini dalam Shuttle Train Ipoh - KL


Ada announcement yang train kami akan berlepas pada bila-bila masa sahaja dan train shuttle Ipoh - KL akan sampai sebentar lagi. Sekarang jam 07:20hrs dan Syah serta beberapa penumpang lain yang hendak ke KL Sentral turun dari train untuk naik Shuttle tu. Syah agak lambat keluar dan tersepit dengan pintu yang tertutup secara automatic tetapi Syah dapat keluar juga. Bukan apa Shuttle train nie akan bergerak tanpa berhenti dari Rawang ke KL Sentral dan akan sampai lebih cepat dari komuter yang berhenti di setiap stesyen. Sekarang jam 07:28hrs dan Train Shuttle ini telah bergerak meninggalkan Stesyen Rawang dan Syah menyambung semula entry ini didalam train.


Train shuttle nie agak selesa sebab seatnya dua-dua dan tidak seperti komuter yang seatnya berhadapan antara satu sama lain. Diseat nie juga ada tempat meletakkan makanan dan Syah gunakan untuk meletakkan netbook Syah untuk meneruskan catatan ini. Penumpangpun tak ramai dan banyak tempat kosong dan masing-masing duduk seorang dengan selesanya. Pagi nie jam 08:30hrs hingga jam 12:30hrs Syah ada briefing mengenai Procurement di Seminar Room, Aras 50, Menara TM. MC dua hari dan baru kerja semula hari ini dan rasa agak letih.


Sekarang jam 08:04hrs dan Train melalui PWTC dan tiba-tiba mata Syah tertumpu ke bangunan UMNO yang gah tu ada keluar lambang UMNO dan 1 Malaysia menggunakan teknik cahaya laser. Bangganya Syah, teruja sangat dengan bangsa Melayu kita ...............Tak kira apapun pegangan politik kita, Melayu mesti Bersatu bagi Memertabatkan Kedudukan Melayu Sebagai Bumiputera di Negara Yang Kita Cintai Ini. Kita Wajib Memperjuangkannya Hingga Ke Akhir Hayat Kita. Syah akan sampai ke KL Sentral beberapa minit sahaja lagi – another three station walaupun train bergerak agak lambat . Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Syah doakan semuga anda semua menghadapi hari ini dengan penuh keceriaan.

No comments: