Syah sempat naik Shuttle Ipoh-KL dan sampai office lebih kurang jam 08:00hrs. Jam 08:55hrs tadi Syah buang air kecil tetapi tak sakit pula bahagian testis tu cuma warnanya agak lain mungkin Syah makan banyak sangat dragon fruit malam tadi sampai dua biji. Dragon fruit warna merah nie memang warnanya menakutkan macam darah dan bila kita potong buah tu warna merah tu boleh melekat kat pisau. Bayangkanlah memang kuat warna merah dragon fruit tu sebab tu jika buang air besarpun warna bahan buangan tu bercampur kemerah-merahan. Hari ini Syah puasa sunat Khamis.
By the way pagi tadi kesian seorang penumpang bas lelaki yang terpaksa berlari lebih kurang 80 meter kejar bas. Inilah masalah yang kadang-kadang kami sebagai pengguna public transport hadapi. Biasalah pagi-pagi kadangkala sakit perut atau terlewat bangun dan bas sudah terlepas. Jadi kami kena pandai-pandai cari jalan pintas untuk kejar semula bas tu kerana bas akan berpusing satu taman. Syah nampak macam ada orang berlari dari jauh disimpang jalan dan pemandu tu perasan yang orang tu selalu naik bas dan tunggu dia. Dia terpaksa berlari-lari anak dengan badannya yang agak big size. Sian dia tetapi yang penting dapat naik bas.
No comments:
Post a Comment