Saturday, March 26, 2011

Makam YMM Almarhumah Tengku Ampuan Bariah

Makam Sementara Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah


27.03.2011, Ahad - Al-Fatihah .............Inilah makam sementara Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah yang telah mangkat pada 21.03.2011 lepas di tanah tumpah darahnya iaitu Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Almarhumah telah dimakamkan didalam Bangunan Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu pada hari yang sama. Turut hadir pada Istiadat Permakaman DiRaja adalah Anakanda Tiri Almarhumah, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Kerabat Diraja lainnya disamping rakyat Terengganu. Anak Jati Bugis Selangor ini dimakamkan bersebelahan Almarhum Paduka Suami Baginda, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Kebiasaannya struktur binaan makam raja-raja akan dibina dalam masa dua atau tiga tahun lagi tak tahulah kalau iannya dipercepatkan.


Didalam bangunan yang sama juga menempatkan Makam Anakanda Tiri Almarhumah YMM, Almarhumah Tengku Farah Qurashiyah bt Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mangkat pada 25.02.2001 dalam usia 40 tahun. Dalam bangunan yang sama ditempatkan juga makam Nenda Perempuan Tuanku Mizan iaitu bonda kepada YTM Tengku Besar Terengganu yang merupakan Bonda sebenar Tuanku Mizan. Setakat ini bangunan Makam menempatkan empat buah makam semuanya. Gambar ini Syah dapat daripada Tengku Ismail. Terima Kasih Pak Engku.Disebelah Makam Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah adalah Makam Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

No comments: