23.03.2011, Rabu – jarum Jam ditangan menunjukkan pukul 07:10hrs dan hari ini Syah naik komuter KL-Rawang yang baru sahaja bergerak jam 07:00hrs tadi. Shukur Alhamdulillah hari ini Syah dapat naik train jam 07:00hrs. Masa turun dari bas tadi kena lintas jalan dan kereta memang banyak macam biasa, terpaksa berlari-lari sedikit walaupun lutut Syah masih sakit,. Ingat hendak gunakan touch & go tetapi teringat pula bakinya hanya RM3.60 dan mesti tak boleh masuk punya kerana akan keluar amaran “Baki Tidak Mencukupi” lalu Syah beli tiket secara manual.
Dua hari berturut-turut Syah naik train yang seatnya dua-dua sebab tu boleh buat entry nie. Biasanya Syah dapat naik komuter yang seatnya memanjang.Buat entry nie akan melekakkan kita kerana perjalanan agak jauh dari Rawang-KL lebih kurang satu jam kerana train kadangkala terpaksa berhenti agak lama bagi member laluan kepada train lain. Itulah tips untuk mengelakkan kebosanan dalam public transport tak kira LRT, Komuter atau Bas Jika kita membaca atau buat macam Syah nie, kita tak akan terasa perjalanan tu dan tiba-tiba sahaja dah nak sampai. Betul ................. satu lagi jika kita bersembang dengan topic yang menarik dengan orang disebelah anda sure tak terasa perjalanan tu jauh.
Pagi tadi masa buang air besar dan kecil Syah terasa sakit sedikit (very mild) dibahagian testis dan ari-ari kiri Syah, Sakit yang rasa macam nilu dan mencengkam tu sudah hilang. Kira oklah tu dan Shukur alhamdulullah. Lutut Syah macam biasa sakit tetapi ada masanya pagi nie berkurangan rasa sakit tu. Kadangkala peha sebelak kanan Syah rasa lenguh. Semalam adalah few friends nasihatkan Syah beli ubat di farmasi atau ke kelinik panel untuk sakit lutut tu kerana mereka tak galakkan Syah injek lutut tu untuk tambahkan cecair. Abang Tukiman inform dia juga sakit macam tu dan susah sedikit nak naik tangga atau solat, dia ke kelinik dan Doktor bagi ubat yang dia perlu makan selama enam bula tak silap Syah. Sekarang katannya taklah sakit sangat lutut dia.
Sekarang Syah berada di Stesyen KTM Segambut @ 07:35hrs dan passanger lelaki sebelah Syah nie asik batuk sahaja sepanjang perjalanan since dari Kuang lagi, kesian dia dan Syah tak ada pula gula-gula hack kalau tak boleh bagi kat dia untuk redakan tekaknya.Keadaan penumpang dalam train semakin ramai tapi taklah padat macam biasa dan masih ada ruang lagi. Semenjak semalam bila duduk lama dalm bas punggung Syah rasa macam melecet pula dan sekarang niepun rasa macam tu. Ada-ada sahajakan? Heheheheh .................
Sekarang Syah berada di Stesyen KTM Putra pula iaitu dikawasan PWTC, Tak terasa sangat perjalan sebab leka buat entry nie dan akan sampai ke KL Sentral sekejap lagi. Ok dah nak tutup netbook Syah coz sekarang jam 07:45hrs dan sudah sampai di KTM Bank Negara dan tinggal dua stesyen sahaja lagi. Sehingga berjumpa dilain entry Syah berharap agar anda semua bersemangat untuk melakukan aktiviti/program yang dirancang pada hari ini.
No comments:
Post a Comment