Tuesday, March 29, 2011

Pagi Jumaat

01.04.2011, Jumaat - Teringat Syah semalam masa jumpa doktor, dia inform Syah esok April Fool. hehehehe........... Hemmm no comment. By the way pagi nie bangun lambat hampir jam 07:00hrs baru terbangun. Semasa buang air besar Syah dengar macam ada bunyi anak kucing dan bila Syah keluar ada beberapa ekor anak kucing dalam longkang. Syah solat dulu dan dalam hati kata kalau dia ada lagi nanti lepas Syah solat, Syah akan letakkan anak kucing tu dibelakang rumah dalam kotak coz takut anjing kacau. Selepas solat Syah tengok tinggal seekor sahaja dan nampak mak dia gonggong anaknya masuk rumah jiran Syah. Jadi Syah ambil anak kucing yang seekor tu dan hantar kat rumah jiran yang dia sorokkan anaknya sebab Syah takut dia terlupa dan tinggal seekor plak dalam longkang tu. Tabiat kucing memang macam tu, dulu ada kucing beranak rumah Syah dan beberapa minggu dia alihkkan anaknya ke rumah orang lain pula. Kucing kerap pindah-pindahkan anak-anaknya dari satu tempat ke tempat yang lain.

Hamster yang di KL Residence tu macam nie jugalah, mak dia beranakkan tempat lain dan beberapa minggu lepas tu dia transferkan Hamster ke belakang rumah Syah dan Syah kurung Hamster dan adiknya (kemudian mati di KL Residence) sebab tu dia tak dapat larikan anak-anaknya. Kucing tu mungkin adik beradik Hamster kerana warna bulu dan fizikalnya hampir sama cuma Hamster bulunya lagi kembang. Teringat Syah yang Hamster hendak disunatkan minggu nie dan Syah call Cd tadi (08:46hrs) dan Cd kata belum hantar lagi ke kelinik kerana sibuk dengan renovation KL Residence dan katannya mungkin Sabtu nie hantar ke kelinik tetapi kena Vaccine dulu. Kat belakang rumah Syah pula ada seekor kucing jantan yang dah tua selalu lepak dan bila Syah keluar dia lari. Malam tadipun dia tidur kat situ, mungkin dah lama dia bermastautin belakang rumah Syah tue gamaknya. Heheheheh... takper lah buka dia kacau kita pun kan?

Aksi Hamster di KL Residence yang selalu buat Muss Geram dengan perangai dia nie. Dalam photo nie dia buat perangai masuk dalam pelapik getah sangkarnya. Macam-macam gelagat lagi dia pernah buat sebab tu Muss kecik jer tengok dia........ walaupun badannya besar dan bulunya panjang terutamannya ekor dia yang kembang itew. Hamster...Hamster....Hamster....... heheheheh


Masa Syah sapu sampah depan rumah nampak jiran Indian yang langgar kereta Azrin tu dengan kereta dia yang telah keluar bengkel. Malam tadi semasa ke pasar malam terjumpa Azrin dan Arip depan rumah mereka dan inform Syah yang kereta Indian tu dah keluar dan dia bawa laju depan rumah mereka petang semalam. Isteri Indian tu memang parking suka hati depan rumahnya dan kalau dia parking mesti masuk depan kawasan rumah jirannya tapi untung rumah tu kosong tapi dulu masa ada penyewa diapun parking macam tu tetapi disebabkan penyewa tu India juga mereka macam tak kisah kot. kalau Syah, Syah tak suka orang simply parking depan pintu pagar Syah kecuali emergency atau sekejap-sekejap tak per lah.

Sekarang jam 08:56hrs dan Syah hendak makan ubat dan untuk alas perut Syah buat Horlic O + Oat sebab tak selera nak makan pagi-pagi nie, Syah jarang makan pagi. Sekejap lagi mungkin nak gosok baju kerja kerana esok plan nak sapu dan mop lantai Rawang Residence. Keadaan kaki Syah masih lagi terasa sakit sedikit dan kadangkala terasa sakit bila ada pergerakan yang agak lasak. Kadangkala Syah rasa kaki dan peha Syah berasa kebas. Ok .....sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan kepada pembaca lelaki blog Syah jangan lupa Solat Jumaat hari ini dan kalau ada tersempak dengan Syah tegur-tegurlah yer sebab Syah tak kenal siapa pembaca blog Syah kecuali mereka yang ada didalam senarai Follower Syah. Terima kasih atas sokongan anda semua kerana tanpa anda semua siapalah tengkusyah.blogspot.com.

No comments: