Thursday, March 17, 2011

Tuanku Mizan Lancar Buku Kegemilangan Raja-Raja Melayu

17.03.2011, Khamis - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah melancarkan satu lagi "Cofee Table Book" bertajuk Kegemilangan Raja-Raja Melayu. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Sejarahawan Negara yang juga merupakan penasihat kepada penerbitan buku ini, Prof Emeritus Khoo Kay Kim.

Buku setebal 409 muka surat ini diterbitkan dalam dua versi iaitu bahasa Malaysia dan Inggerish mengisahkan sejarah Kesultanan Melayu disamping memaparkan salahsilah kesemua sembilan Raja-Raja Melayu di Malaysia. Didalam buku ini juga kita boleh mengetahui latar belakang darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan.

Buku ini dikeluarkan oleh Leone Communication Sdn Bhd. Pengerusinya, Datuk Zakaria Husain memaklumkan dalam sidang akhbar semalam bahawa buku ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai rujukan untuk universiti dan penyelidik malah boleh dijadikan sebagai cenderahati pihak kerajaan kepada negara luar. Beliau memaklumkan, mengikut perancangan buku ini akan dicetak sebanyak 10,000 naskah setahun dan buat permulan sebanyak 200 naskah telah dicetak dan akan dijual dengan harga RM450.00.

No comments: