Tuanku Raja Perlis bertitah agar barisan Exco yang dilantik ini dapat melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dalam mencorak pembangunan negeri dan rakyat. Tuanku menekankan keikhlasan harus diterapkan untuk menghindarkan mereka daripada melaksanakan agenda tersendiri yang akan merugikan negeri dan rakyat Perlis. Baginda menyarakkan agar diadakan mesyuarat tidak rasmi sekurang-kurangnya dua kali sebulan supaya wakil rakyat dapat membincangkan masalah rakyat dan langkah penyelesaiannya sebelum diadakan mesyuarat secara rasmi.
Tiada pengumuman dibuat samada kesemua mereka ini akan kekal dengan portfolio masing-masing atau akan diadakan rombakan. Buat masa ini anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis terdiri daripada :-
- YB Dato' Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail - Portfolio Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Hubungan Antarabangsa
- YB Sabri Ahmad (Santan) - Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi
- YB Ahmad Bakri Ali (Kayang) - Portfolio Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar
- YB Abdul Jamil Saad (Sena) - Portfolio Belia, Sukan dan Kebudayaan
- YB Dato' Mat Rawi Kassin (Beseri) - Portfolio Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan
- YB Japeri Othman (Guar Sanji) - Portfolio Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah
- YB Mansor Jusoh (Chuping) - Portfolio Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna
- YB Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan) - Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Syabas diucapkan kepada semua YB-YB yang telah dilantik semula.
No comments:
Post a Comment