01.03.2011, Selasa - Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri kelantan yang akan bersidang selama dua hari mulai esok, KDYMM Sultan Muhamad Ke-V dalam kenyataan baginda hari ini menitahkan agar kerajaan Kelantan menumpukan usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan golongan kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri. Baginda juga meminta agar kerajaan persekutuan membina jaringan lebuhraya bagi menghubungkan kelantan dan negeri-negeri lain untuk menarik pelabur asing melabur di Kelantan. Baginda juga memaklumkan bahawa 885 projek kerajaan persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) telah berjaya disempurnakan daripada keseluruhan 1,427 projek RMK9 di Kelantan. Baginda berharap agar projek jalan baru dari Kota Baharu ke Kuala Krai dan projek jalan persisir pantai disenaraikan semula dalam RMK10. baginda mencadangkan agar kerajaan negeri menjadikan sistem pendidikan pondok sebagai satu produk pelancungan Islam.
No comments:
Post a Comment