Friday, March 11, 2011

Prince Harry Terima Kelayakan Memandu Helikopter Apache

Prince Harry


11.03.2011, Jumaat - Setelah 10 bulan menjalani latihan yang mencabar untuk mengendalikan helikopter penyerang Apache, Putera Harry telah menamatkan latihan sebagai juruterbang dengan jayanya baru-baru ini. Dengan kelayakan ini, Pewaris ketiga tahta Britan itu dilaporkan boleh kembali berkhidmat dibarisan hadapan peperangan di Afganistan untuk memerangi pihak Taliban seawal musim bunga tahun 2012.

Tidak semua orang berjaya menjalani kursus seumpama ini. Menurut rekod, hanya dua peratus juruterbang terbaik dapat menerbangkan Apache yang bernilai 46 Juta Pound Sterling (RM193.202 juta) ini. Kelayakan yang diberikan ini bukan kerana beliau merupakan anak raja tetapi berkat semangat jitu yang tinggi dalam diri Prince Harry yang sanggup berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan ini.

Selepas ini, Prince Henry Charles Albert David of Wales atau selama ini lebih kita kenali dengan panggilan Prince Harry akan meneruskan latihan bagi mengendalikan persenjataan canggih Helicopter Apache termasuk peluru berpandu dan mematikan serangan laser. Prince Harry diputerakan pada 15.09.1984 di St. Mary's Hospital, London merupakan putera kepada Mendiang Princess Diana, Princess of Wales.

No comments: