Monday, March 28, 2011

Keluarga Diraja Jordan


Dari kiri Princess Salma, King Abdullah II, Prince Hashem, Queen Rania, Princess Salma dan Prince Hussein. - Gambar diambil pada 2010.

Secara ringkas ini adalah keluarga Raja Jordan, Raja Abdullah II. Raja Abdullah diputerakan pada 30.01.1962 di Amman, Jordan. Baginda merupakan putera sulung kepada Almarhum Raja Hussein bin Talal dengan isteri kedua Almarhum, Princess Muna atau nama sebenarnya Antoinette Avril Gardiner seorang warga Britain. Baginda menaiki tahta menggantikan Almarhum Raja Hussein yang mangkat pada 17.02.1999 akibat kanser di Al-Hussein Medical Center, Amman, Jordan. Hasil daripada perkahwinan baginda dengan Queen Rania pada 10.06.1993, baginda telah dikurniakan dengan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu, Prince Hussein diputerakan pada 20.06.1994, Princess Iman diputerakan pada 27.09.1996, Princess Salma diputerakan pada 26.09.2000 dan Prince Hashem diputerakan pada 30.01.2005.

No comments: