Friday, March 18, 2011

Sultan Selangor Dipilih Menerima Plak Kehormat Diraja FIMS

18.03.2011, Jumaat - Tahniah kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj kerana telah dipilih oleh Persekutuan Perubatan Sukan Antarabangsa (FIMS) untuk menerima Plak Kehormat Diraja yang merupakan anugerah antarabangsa tertinggi FIMS. Anugerah ini akan disampaikan dalam satu majlis yang dihoskan oleh Persatuan Perubatan Senaman dan Sukan Malaysia (SSEMM) pada malam Ahad ini 20.03.2011. Priseden FIMS Dunia Dr. Fabio Pigozzi akan menyampaikan anugerah ini. FMIS juga turut memberi penghormatan yang sama kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pengerusi SSEMM, Prof Datuk Dr. Mohd Maydin Mohd Musa memaklumkan bahawa DYMM Sultan Selangor, YAB Perdana Menteri dan Isteri juga akan menerima Fellow Kehormat SSEMM dalam majlis ini nanti.

Baginda dipilih menerima anugerah ini kerana telah belayar mengelilingi dunia menggunakan kapal layar selama dua kali disamping pencapaian lain baginda dalam bidang sukan. Pada tahun 1995 beginda telah mengelilingi dunia dalam masa 664 hari dan singgah di 155 buah tempat dengan kapal Diraja Jugra bersama-sama tiga anak kapal yang bergilir-gilir mengemudikan kapal berkenaan. Baginda merupakan kerabat diraja Malaysia pertama belayar mengelilingi dunia. Selain daripada itu baginda juga merupakan kerabat diraja pertaman menyertai Cabaran Motor Peking-Paris pada 06.09 hingga 18.10.1997 meliputi jarak 16,000 km. baginda juga telah mengambil bahagian dalam cabaran kedua pada tahun 2007.

YAB Perdana Menteri dipilih menerima anugerah ini atas didikasi dan sumbangan beliau dalam pembangunan sukan Malaysia sewaktu menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 1986 hingga 1990. YAB Datuk Seri Najib juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai sukan. Manakala Datin Seri Rosmah pula diiktiraf atas pembabitan beliau dalam sukan selain banyak mempromosikan aktiviti sukan dan sokongan beliau kepada badan-badan sukan di Malaysia.

No comments: