Sultan Kedah merangkap Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja juga turut merasmikan sebuah Galeri dalam markas batalion berkenaan. Kelihatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah menyentuh sebilah keris sebagai simbolik perasmian galeri berkenaan - Gambar dari Bernama.
29.03.2011, Selasa - Hari ini Sultan Kedah KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kem yang bernilai RM92 Juta ini dilengkapi dengan infrastruktur moden yang berkualiti dan mengandungi pejabat pentadbiran dan teknikal yang lengkap untuk sebuah batalion infantri standard serta dilengkapi dengan empat blok penginapan yang boleh menampung seramai 600 anggota bujang. Kem ini juga akan dijadikan sebagai penempatan dan pemulihan banduan dari penjara berdekatan.
Sebelum ini iannya dikenali sebagai Kem Tok Jalai. Kem ini dibina pada tahun 2007 dengan keluasan 79,069 hektar dan setelah ianya siap sepenuhnya, ia diambil alih oleh Batalion Keenam Askar Melayu Diraja (6 RAMD) pada 28.03.2010 yang sebelum ini berpengkalan di Bukit Pinang. Turrut serta dalam Majlis Perasmian ini adalah Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifli Mohd Zain. Datuk Seri dalam ucapannya memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terutamanya Tentera Darat amat berbesar hati dan berterma kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan dan Kerajaan Negeri atas peruntukan tahan bagi pembinaan Kem ini.
Tentunya kita berasa hairan mengapa banduan ditempatkan di Kem Askar? sebenarnya pada 26.03.2011 Datuk Seri Naib Tun Razak telah melancarkan program Pemulihan Pemasyarakatan yang memberikan tanggungjawab baru kepada Angkatan Tentera dimana Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bekerjasama untuk mengopitimumkan penggunaan sumber kerajaan bagi mencapai impak yang lebih besar. Dibawah pemikiran Strategik Laut Biru atau lebih dikenali sebagai NBOS, pusat-pusat pemulihan akan didirikan dibeberapa kem terpilih dengan anggota tentera dan pegawai penjara bersama-sama menyelia banduan berkenaan. Setakat ini terdapat lima buah kem terlibat dalam projek perintis ini iaitu Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Alor Star, Kedah; Kem Syed Sirajuddin, Geman, Negeri Sembilan; Kem Batu 10, 4 Briget Menkanis, Kuantan, Pahang, Kem Desa Pahlawan, Kelantan dan Kem Mahkota, Keluang, Johor.
No comments:
Post a Comment