Sunday, March 6, 2011

Mantan Putera Mahkota Nepal DiDakwa

06.03.2011, Ahad - Mantan Putera Mahkota Nepal, Prince Paras Shah telah dihadapkan ke Mahkamah pada 03.03.2011 atas tuduhan menggangu kententeraman awam dengan mengacukan pistol kepada salah seorang pelanggan hotel. Prince Paras Shah hadir untuk sebutan kes berkenaan di Selatan Bharatpur dan disambut lebih 1000 orang penyokong beliau. Kejadian berlaku pada 11.12.2010 di Tiger Top Resort di Chitwan yang merupakan Taman Negara Nepal dan pusat tumpuan pelancong. Rubel Chaudhary, yang merupakan menantu kepada seorang ahli politik mendakwa Prince Paras Syah mengacukan pistol kepada beliau dan keluarganya kerana tidak berpuashati berhubung kejatuhan Monarki Nepal oleh kerajaan republic Nepal. Walau bagaimanapun Prince Paras Shah menafikan dakwaan berkenaan. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin 10,000 Rupi dan perbicaraan akan dijalankan pada 16.03.2011.

Prince Paras Shah (bersongkok) ketika melawat salah sebuah kuil di Nepal.


Prince Paras Shah dilantik sebagai Putera Mahkota Nepal pada 2001 menggantikan sepupunya Mendiang Putera Mahkota Dependra yang telah meningal dunia selepas membunuh sembilan ahli keluarganya termasuk Raja dan Ratu Nepal sebelum menembak dirinya sendiri akibat pengaruh dadah dan minuman keras. Selepas Monarki Nepal dijatuhkan pada 2008 beliau dan isteri serta dua orang anaknya melarikan diri ke Singapura tetapi kembali semula ke Nepal. Jika didapati bersalah beliau akan dipenjara selama dua tahun dan didenda 10,000.00 Rupi. Mengikut rekod, beliau pernah didakwa membunuh seorang seorang pemuzik Nepal, 10 tahun lepas diluar kawasan Istana Nepal. Walau bagaimanapun tiada dakwaan terhadap beliau berhubung kes ini apabila seorang pegawai tentera mengaku melakukan perbuatan berkenaan.

No comments: