Ubat Untuk Sakit Lutut Syah
08.04.2011, Jumaat - Pagi ini ubat yang biasa Syah makan untuk 10 hari sudah habis dan Syah tak ke kelinik berkenaan sebaliknya Syah ke Pusat Perubatan Menara kerana Syah biasa dengan kelinik tu dan ubatnya pun berkualiti. Hari tu sebab tak sempat nak pergi. Dr. Rasool tak ada pula dan kaunter inform diahanya ada pada hari Isnin hingga Khamis waktu pagi sahaja. Tak kiralah doktor apa yang attend tapi yang penting service dan ubatnya bagus
Doktor perempuan yang merawat Syah inform, mungkin ada masalah gel dan ada legimen yang tertarik. Dia minta Syah makan ubat Conart yang Syah perlu ambil sebiji dua kali sehari dan hendaklah diambil sebelum makan selama tiga bulan. Doktor juga bagi ubat krim untuk disapu dilutut Syah. Petang nanti dia minta Syah buat Fisioterapi selepas solat Jumaat dan Syah sudah buat appointment dan inform Boss Syah. Doktor nak Syah buat Fisio beberapa kali dan jika keadaannya masih tak elok juga dia akan referkan Syah ke Pakar Tulang.
Syah tanya tak apa ker makan ubat tu berpanjangan dan dia kata yang Syah makan ini (Conart) adalah supplement untuk lutut Syah bagi menambahkan gelnya sahaja. Syah tanya perlu ker makan ubat tahan sakit yang kelinik bagi hari tu dan dia kata tak digalakkan makan ubat tahan sakit selalu kecuali jika iannya benar-benar perlu sahaja.
1 comment:
salam,syah sakit lutut sbb ape?injured sukan ke?sy dh lama sakit lutut..xpernah dpt rawatan..injured sukan.lately makin teruk rasa...
Post a Comment