Wednesday, April 20, 2011

Gaun Pengantin Pertama dan Kedua Kedua Duchess of Cambridge



Gaun Pengantin - A fitted white V-neck gown with a long-sleeved lace overlay. The dress was composed of French Chantilly lace and English Cluny lace throughout the bodice, skirt and underskirt. The skirt, made of ivory and white satin gazar, was designed to emulate an opening flower: padded at the hips, it flowed out to the floor. The back of the dress was finished with 58 gazar and organza covered buttons fastened by Rouleau loops.

30.04.2011, Sabtu - Gaun pengantin sewaktu Istiadat Perkahwinan yang digayakan oleh Duchess of Cambridge hasil sentuhan Sarah Burton, Creative Director daripada Alexander McQueen yang digayakan di Westminister Abbey memang tidak dapat lagi disangkal keunikannya berpadanan untuk bakal seorang Ratu England. Selepas sahaja disahkan sebagai pasangan suami isteri maka berakhirlah kehidupan Catherine Elizabeth Middleton atau Kate Middleton sebagai "Orang Kebanyakan atau Rakyat Biasa" dan ianya telah menjadi sebahagian Kerabat Diraja Britain dengan gelaran barunya Dutchess of Cambridge.

Tugas dan tanggungjawab sebagai kerabat diraja sudah mulai dirasai oleh beliau semenjak jam 06:30hrs 29.04.2011 lagi dimana beliau mula berdandan dan bersolek, melalui proses Istiadat Perkahwinan yang panjang di Wesminister Abbey, Berangkat pulang ke Istana Buckingham dan kemudiannya membuat kemunculan di beranda Istana untuk berjumpa rakyat dan melakukan ciuman awam pertama (1st public kisses) sebanyak dua kali dengan disaksikan oleh rakyat serta menghadiri Majlis Resepsi untuk 650 orang tetamu di Istana Buckingham yang dihoskan oleh baginda Queen Elizabeth II. Didalam majlis tertutup ini jurugambar tidak dibenarkan masuk kecuali gurugambar rasmi Hugo Burnad.Gaun Malam Duchess of Cambridge - A White Satin Strapless Eveining Gown With A Circle Skirt and Diamanate Detaling Around The Waist and Topped With A Simple White Shrug.

Setelah Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Queen Elizabeth II selesai, Duke dan Duchess of Cambridge berehat sebentar dikediaman rasmi Prince Charles di Clarance House sebelum majlis seterusnya. Mereka memandu sendiri kenderaan bewarna biru Aston Martin convertible dengan plate kenderaan EBY 776J ke Clearance House. Untuk Majlis pada sebelah malam pula Dutchess of Cambridge mengenakan gaun pengantin kedua yang juga telah mendapat sentuhan ajaib daripada McQueen yang disesuaikan untuk majlis keraiaan. Majlis pada malam ini (Festive Dinner Dance) dianjurkan oleh Ayahanda Duke of Cambridge iaitu Duke of Wales, Prince Charles untuk 300 orang tetamu di Buckingham Palace.



Untuk majlis sebelah malam pula, Duke of Cambridge dengan segaknya mengenakan dapper black tuxedo. Setelah selesai majlis, pasangan Pengantin Diraja akan menghabiskan Malam Pertama mereka sebagai pasangan suami isteri di Istana Rasmi Negara, Buckingham Palace. Pada hari Sabtu, pasangan ini terbang ke lokasi berbulan madu mereka yang masih menjadi tandatanya umum.

No comments: