Sunday, April 10, 2011

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Berkenan Kurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Brunei di Balai Singahsana Indera Kencana semasa Istiadat Pengurniaan Pingat Kehormat Negara Brunei Darussalam.


13.04.2011, Rabu - Semalam Timbalan Sultan Brunei, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan mengurniakan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 513 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Brunei yang ke-64. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota bertindak sebagai wakil kepada Sultan Brunei kerana KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berangkat ke United Kingdom semalam bersama anakanda baginda YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Istiadat pengurniaan pingat kehormat ini berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Turut serta dalam istiadat ini adalah YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, Pengiran-Pengiran Peranakan, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, diplomat-diplomat asing dan para pegawai kanan kerajaan. Diantara pingat-pingat yang dikurniakan adalah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 43 penerima, Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) kepada 280 penerima, Pingat Kerja Lama (PKL) kepada 190 penerima. Sesi kedua pengurniaan pingat kehormat ini diadakan pada hari ini ditempat yang sama.

No comments: