01.05.2011, Ahad - Jika anda menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja Duke and Duchess of Cambridge yang dibawa secara langsung melalui NTV 7 dari Westminister Abbey pada Jumaat lepas 29.04.2011, tidak ada ciuman selepas mereka disahkan sebagai suami isteri seperti kelaziman di barat yang dilakukan oleh pasangan pengantin baru. Inilah perbezaan diantara kerabat diraja dan orang biasa. Mengikut tradisi keluarga diraja Britain pasangan pengantin baru akan melakukan apa yang dikatakan sebagai 1st Public Kisses di beranda Istana Buckingham dengan disaksikan oleh rakyat jelata.
Pasangan Pengantin Diraja ini telah membuat dua kali ciuman ketika mereka dan Kerabat Diraja serta keluarga Middleton berada di beranda Istana Buckingham. Gambar diatas adalah merupakan dua ciuman yang dilakukan oleh pasangan pengantin diraja yang dapat diabadikan oleh jurugambar. Majalah People dalam kajiselidik yang dibuat terhadap dua gambar ini mengistiharkan gambar di sebelah kiri yang merupakan ciuman kedua sebagai more relaxed smooch as more romantic dengan 96% undian.
No comments:
Post a Comment