Sunday, April 10, 2011

Sultan Brunei Terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang

KDYMM Tuanku Sultan Brunei menerima Skroll Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Lord Duoro.


16.04.2011, Sabtu - KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh sebuah univerisiti tertua dan berprestij di England dan tersenarai diantara 25 universiti terbaik dunia iaitu King's College London. Tuanku Sultan Brunei telah berkenan menerima anugerah tersebut pada hari Khamis Lepas bersamaan 14.04.2011 yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis King's College, Lord Duoro.

Turut bersangkat dalam majlis ini adalah YTM Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. majlis ini juga dihadiri oleh para pegawai kanan kolej, pegawai-pegawai tinggi kerajaan Brunei, pelajar-pelajar serta pengawai kerajaan yang sedang menjalani kursus perkhidmatan di kampus Strand, Kings' College. Seramai 23 orang pelajar Brunei menuntut ilmu di universiti ini dan salah seorangnya adalah Anakanda Saudara Tuanku Sultan Brunei, YAM Pengiran Anak Naafi'ah Khairul Bulqiah Binti DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah yang kini di tahun kedua kursus Ijazah Sarjana Muda Geografi.

Dalam titahnya, Baginda memaklumkan bahawa kejayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada keintelektualan dan kemahiran rakyat negara tersebut. Baginda berharap agar para graduan Brunie membuat sumbangan signifikan kearah kejayaan dan pembangunan Negara Brunei.

Tahniah Syah ucapkan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh King's College London.

No comments: