02.05.2011, Isnin- Sebentar tadi ada individu yang menamakan dirinya sebagai guess komen ejaan Duchess yang Syah eja Dutchess. Siap beri maksud Duke dan Duchess tu apa. Syah memang faham apa maksud Dutch dan Duchess. Mungkin banyak sangat menulis dan hendak cepat tu yang tersalah ejaan tu. lagipun kalau anda perasaan memang Syah nie sebenarnya banyak salah ejaan dan bukan bermaksa Syah tak faham apa yang Syah sampaikan.
Setelah Syah semak memang banyak ejaan Duchess yang Syah eja Dutchess. Tajuknya ditulis Dutchess tetapi dalam isinya ditulis Duchess. Terima kasih Syah ucapkan kepada individu berkenaan mengenai maklumat kesilapan sesetengah ejaan Duchess dalam entry Syah dan telah Syah betulkan.
Duke membawa erti High-Ranking Nobelman atau ruler of principality. Mengikut kamus Dewan Bahasa - Duke membawa erti orang bangsawan yang berpangkat tinggi : pemerintah negara kecil yang berdaulat di Eropah. Manakala Duchess adalah isteri atau janda seorang Duke. Tidak semua kerabat diraja mendapat gelaran Duke. Kalau terma di Malaysia Duke nie lebih kurang Raja bergelar sebagai contohnya Tengku Panglima Besar Selangor, Tunku Besar Serting dan seumpamannya.
03.05.2011 Pembetulan : Tunku Muda Serting adalah gelaran sebenar dan bukannya Tunku Besar Serting. Segala kesilapan amatlah dikesali.
4 comments:
Ingin saya memperbetulkan apa yang ditulis blogger ini..Tunku Besar Serting,gelaran ini sama sekalai tidak wujud..yang sebenarnya ialah Tunku Muda Serting yang digelar Yang Amat Mulia Raja-raja bergelar di negeri sembilan.
saudara Tuan juga diingatkan agar meMberi info yang tepat supaya ia tidak menjadi kekeliruaan dalam apa yang ingin disampaikan.
Thanx Indra. Setelah saya semak Memang Tunku Muda Serting. Kesilapan saya menulis tanpa membuat Rujukan. Sebenarnya yang saya hendak maksudkan dalam tulisan saya adalah adalah Tunku Besar Seri Menanti. Thanks atas teguran anda.
Izinkan saya untuk menambah. Di Britain, terdapat banyak gelaran bangsawan. Mengikut hierarki, susunan kekananan adalah seperti berikut:
Duke
Marquis
Earl
Viscount
Baron
Memang benar Duke merupakan gelaran paling tinggi dan ianya terbuka kepada kerabat diraja atau mereka dari keturunan aristokrat.
Sekiranya si pemegang gelaran adalah seorang kerabat diraja, maka salutasi bagi gelaran tersebut ialah HRH (His Royal Highness).
e.g. Prince William of Wales dilantik menjadi Duke of Cambridge maka disebut HRH The Duke of Cambridge
Tetapi, sekiranya si pemegang gelaran adalah bukan kerabat diraja, maka salutasi bagi gelaran tersebut ialah HG (His Grace)
e.g. Edward Fitzalan-Howard bergelar Duke of Norfolk. maka disebut HG The Duke of Norfolk
Jadi, apa yang saudara kata mengenai Duke - "bukan semua kerabat diraja diberikan gelaran Duke" hanya separuh tepat.
Sememangnya gelaran tersebut boleh dianugerahkan hanya kepada golongan bangsawan Britain tak kira dari kerabat diraja dinasti yang memerintah atau pun golongan bangsawan dari keluarga arikstokrat Britain.
Thanx Megat. Syah memang perlukan orang-orang seperti anda untuk menyumbang pendapat terhadap blog Syah. Yang Silap diperbetulkan dan yang kurang ditambah. Terima kasih atas komen anda begitu juga Syirfan. Saya amaat menghargainya. Sudi-Sudikan menatap semua entry saya.
Post a Comment