23.04.2011, Sabtu ................... Ting Tong...Ting Tong...Ting Tong... jam menunjukkan jam 00:00 hrs dan sekarang tarikh berubah dari angka 23 kepada 24 April 2011. Shukur Alhamdulillah Mulai hari Ini Genaplah Usia Syah 44 Tahun. Terima Kasih Ayahanda dan Almarhumah Bonda kerana melahirkan Syah kedunia ini. Terima kasih kepada Almarhumah Mak atau Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang merupakan nenda (nenek) Syah kerana membesarkan Syah dengan penuh kesempurnaan bagai menatang minyak yang penuh, Terima Kasih Almarhum Atuk atau Nenda Syah Ahmad Al-Haj yang begitu menyangi Syah, Terima Kasih Almarhumah Engah atau Nenda Sadu Al-Hajah yang menganggap Syah seperti cucunya sendiri dan tak berbelah bagi kasih sayangnya,
Terima kasih Almarhum Mon Al-Haj ayahanda saudara Syah yang mengambil berat tentang Syah, Terima kasih Almarhumah Ucu atau Che' Zan Al-Hajjah yang banyak berjasa dalam hidup Syah dan jadi Mentor Syah, Terima Kasih Ejon kerana menjaga Syah semenjak dari kecil bersama Mak, Terima kasih Encik atau Hajah Zawiyah, bonda tiri yang menganggap Syah seperti anaknya sendiri, Terima Kasih Almarhumah Nenda Hajah Saprah dan Almarhumah Wang (nenek dan ibu saudara sebelah bonda Syah) yang sentiasa menjenguk Syah sewaktu Syah kecil hingga dewasa, Terima Kasih Almarhum Yeoh (bapa saudara berlainan bapa) yang sentiasa cool dengan Syah.
Terima Kasih My Brother and Sister Muss, Intan, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah, Kak Lang Ella, Razak dan semua kaum keluarga Maharum Bugis Syah yang Syah tak dapat Syah nyatakan satu persatu kerana kalian menerima Syah dalam hidup anda semua. Terima kasih juga kepada kawan-kawan, rakan sekerja, my boss dan pembaca blog Syah yang sentiasa menyokong Syah selama ini. Last but not least Terima Kasih kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup Syah dan pernah menyangi Syah. Terima Kasih Semua.
No comments:
Post a Comment