Wednesday, April 20, 2011

Tiara Perkahwinan, Subang, Make-up dan Rambut Duchess of Cambridge Sempena Istiadat Perkahwinan di Westminister Abbey



30.04.2011,Sabtu - Tahukah anda bahawa tiara atau mahkota yang digunakan oleh Duchess of Cambridge atau Kate Middleton merupakan Cartier halo tiara yang direka pada 1936. Tiara itu di "Pinjam" dari Baginda Queen Elizabeth II untuk Istiadat Perkahwinan di Westminister Abbey. Tiara ini sebenarnya dibeli oleh King George VI (Ayahanda Baginda Queen) untuk permaisuri baginda, Queen Mother (Bonda Baginda Queen). Tiara ini kemudiannya dihadiahkan kepada Baginda Queen Elizabeth II sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-18.

Sepasang Subang Berlian yang digunakan oleh Duchess of Cambridge adalah direka khas buat beliau oleh Robinson Pelham Jeweler. Rekaannya dipadankan dengan tiara yang digunakan dan iannya juga melambangkan Jata Keluarga Middleton. Subang ini berbentuk daun oat dan "daimond drop" dan terdapat berlian kecil berbentuk buah oat didalamnya.

Dah terlanjur bercerita, kita cerita pula mengenai make-up beliau. Beliau telah mendapat sentuhan make-up artis professional, Opssssssssssss TIDAK sebenarnya beliau telah memasuki kelas mak-up dan menyolek dirinya sendiri untuk hari bersejarah ini. Kira jadi mak andam pada dirinya sendiri. Daripada kajiselidik yang telah dibuat 94% menyatakan DIY Job yang dilakukan oleh Duchess of Cambridge adalah merupakan satu kejayaan (Sucsess).

Rambut pula tidaklah dia buat DIY kerana hair styalish terkenalpun tak akan gunting rambutnya sendiri. Beliau tidak begitu berdandan dan melepaskan sahaja rambutnya yang cantik itu dibawah veil. Penampilan ini dihasilkan oleh James Pryce of Richard Ward yang merupakan hair stylist beliau yang telah lama menguruskan rambutnya. Dari kaji selidik mendapati 98% meyatakan beliau mempunyai rambut yang cantik dan sesuai untuk penampilannya pada Istiadat Perkahwinan tersebut manakala hanya 2% sahaja beranggapan beliau harus berdandan supaya nampak lebih formal.

No comments: